Sejak penutupan Tol Batu Tiga, banyak pula kes kemalangan yang timbul. Bukan seorang dua malah sudah beberapa nyawa menjadi mangsa pelanggaran di kawasan tol tersebut.
Terbaru beberapa hari lepas, dua lagi pengguna Lebuhraya Persekutuan menjadi korban struktur fizikal plaza tol tersebut.
Isu ini telah membuatkan ramai berspekulasi kemungkinan besar pembahagi atau tembok jalan serta kawasan yang gelap membuatkan pemandu ‘terganggu’ ketika melepasi kawasan tersebut.
Prihatin dengan apa yang terjadi, serta risau dengan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, penyanyi Kalis Rindu, Elyana turut memberi pandangannya terhadap isu ini.
Melalui Insta Strories, Elyana meminta pengikutnya untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan ini.
MH pun sedar juga, sejak menutupan tol ini ramai juga yang tergadai nyawa di kawasan ini.
Apapun, MH juga harap agar semua pengguna jalan raya terutamanya yang sering menggunakan kawasan ini untuk lebih berhati-hati dan jangan memandu terlalu laju di kawasan Tol Batu Tiga ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI