Semalam, pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam karierya sepanjang bergelar pengacara.

Nabil dinobatkan sebagai pengacara hiburan terbaik di Asian Academy Creative Award 2018 menerusi program Gegar Vaganza musim ke-4.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Nabil menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“First of all syukur Alhamdulillah and thank you so much for giving me such a big award. Many thanks to my family, my wife @zira.ayub. Not to forget Co-host @jihanmuse to all GV team kak @ggrazidajulaiha @nana_j_hussin@smshaha dan semua crew dr depan tabir spila blkg tabir from the first season spilah season 5 coz have a trust in me. Dan @nabeliciousfc thank you korang! Thank you soooo much guys,” tulisnya.

IKLAN

Tambah Nabil, dia berterima kasih kepada semua krew produksi Gegar Vaganza dan para peminat yang telah menyokongnya selama ini.

Berita tersebut telah mendapat perhatian pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi yang turut menitipkan ucapan tahniah kepada nabil menerusi entri di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Bring it on Nabil! World is next. Congrats bruh!,” katanya.

IKLAN

Diruangan komen, rata-rata netizen berasa bangga diatas pencapaian tersebut selain turut mengucapkan tahniah kepada pengacara tersebut.

Bergelar Pengacara Hiburan Terbaik Asia, Pak Nil Cabar Nabil Ahmad Berjaya Di Peringkat Dunia Pula!

Bergelar Pengacara Hiburan Terbaik Asia, Pak Nil Cabar Nabil Ahmad Berjaya Di Peringkat Dunia Pula!

Foto: Instagram Nabil Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI