Bergandingan Dengan Fauziah Nawi, Izreen Azminda Gementar – “Perasaan Seram Sejuk Manja Tak Pernah Hilang.”

Share

Pelakon, Izreen Azminda mengakui gementar apabila berpeluang bergandingan dengan pelakon senior, Fauziah Nawi menerusi drama terbaru lakonannya, Hadiah Dari Tuhan.

Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam memberitahu perasaan tersebut masih lagi ada meski lebih 10 tahun bergelar pelakon.

“Setelah sekian lama, baru hari ni dapat satu frame kembali bersama ibu Fauziah Nawi. Walaupun dah berkali-kali berlakon dgn ibu Fauziah.

“Dari i ols muda sampai dah kertu ni pun, perasaan seram seram sejuk manjah tak penah hilang bila berlakon dgn ibu. Aura dia lain maciam,” tulisnya.

Drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang turut menampilkan Dynas Mokhtar, Amy Mastura dan ramai ini lagi bakal bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 tidak lama lagi.

Sebelum menceburkan diri dalam dunia lakonan, Izreen 

terlebih dulu pernah menyertai pencarian Dewi Remaja 2005/2006 dan menduduki tempat lima teratas.

Foto: Instagram Izreen Azminda

IKLAN