Bermula daripada pentas Raja Lawak musim pertama sehinggalah bergelar antara bintang popular tanah air, Zizan Razak mendedahkan dirinya telah berhadapan dengan pelbagai jenis ragam peminat.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, dia sebenarnya lebih selesa untuk berinteraksi bersama mereka yang beradab dan memiliki budi bahasa yang tinggi.
Katanya lagi, dia pernah didatangi oleh peminat yang ingin bergambar tetapi caranya dikatakan sedikit kasar.
“Sedikit cerita nak share tentang diri saya. Berkenaan dengan adab. Saya memang kalah betol dengan orang yang polite beradab dan berbahasa.
“Ya tak dinafikan ada juga yang datang bergambar dengan bahasa yang agak keras juga menegur dengan cara yang kurang selesa. Tetapi saya cuba senyum dengan sebaiknya,” tulisnya.
Ads
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Hantu Bonceng ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelasnya lagi, sekiranya para peminat menegurnya dengan baik, perasaannya juga pasti akan bertambah senang dengan tingkah laku sedemikian.
“Ya sekadar perkongsian. Tetapi jika datang dengan cara lembut sure sejuta level senyuman saya akan berikan. MashAllah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar sikap seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
Impian dan hasrat penyanyi Khai Bahar untuk mengadakan konsert solo pertama akhirnya direalisasikan di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, pada Sabtu.
Menerusi Konsert Nafas Cinta Khai Bahar itu, bintang kelahiran Perlis ini telah menyampaikan sebanyak 17 lagu termasuk dua lagu bersama Adira dan Aina Abdul yang dibawakan secara duet.
Khai yang ditemui media sejurus konsert meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Khai pada masa sama menjelaskan, dia memilih untuk mengambil setiap kritikan yang diberikan terhadap nyanyiannya sebelum ini sebagai persediaan sebelum konsert solo sulungnya itu dilangsungkan.
Ini kerana, ia dilakukan demi memperbaiki diri sekaligus meningkatkan lagi mutu serta kualiti nyanyian supaya bertambah baik.
“Setiap kali selepas saya buat persembahan, apa sahaja kritikan yang orang berikan saya terima. Kalau yang kritik tu kata tidak okey, saya ambil ia sebagai satu kritikan yang membina.
“Misalnya, ada yang tegur cara penyampaian nyanyian saya… yang terkurang atau terlebih pun, sebagai seorang penyanyi saya ambil itu bagi memperbaiki diri,” katanya lagi.
Ditanya tentang perancangan seterusnya, penyanyi berusia 27 tahun ini kini mahu fokus membuat persiapan untuk persembahan lagu duet, Nafas Cinta yang telah tersenarai di antara 12 finalis akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Bagaimanapun Khai memaklumkan, setakat ini dia belum berkesempatan melakukan sesi latihan lagu berkenaan di samping Aina Abdul.
“Selepas ini, saya mahu fokus pula kepada persembahan di AJL nanti, untuk buat beberapa persiapan dan persediaan awal. Buat masa ini, susunan muzik untuk lagu sudah ada dan saya pun dah dengar sebelum ni.
“Dari segi latihan pula, kami berdua masih lagi belum mulakan latihan. Sementara konsep persembahan pada malam itu nanti, akan ada elemen fantasi ala-ala macam kartun ‘Disney’, insya-Allah,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datuk Aaron Aziz teruja apabila berpeluang untuk kembali bergiat aktif dalam dunia lakonan, setelah tiga tahun tidak membuat kemunculan dalam mana-mana drama di kaca televisyen.
Terkini, aktor kelahiran Singapura itu telah membintangi sebuah drama rantaian terbaru, Suamiku Lelaki Pendosa yang sudah ditayangkan menerusi slot Samarinda, TV3 sejak 9 Februari lalu.
“Sebenarnya saya sangat teruja sebab dah lama saya tak buat drama untuk TV3. Ia satu tempoh masa yang sangat panjang bagi saya,
“Susah betul saya nak buat untuk slot Samarinda ni, asyik sibuk sahaja,” luahnya.
Menurut Aaron, dia telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk memegang watak seorang jejaka bernama Dean Ilyas, yang memiliki seribu satu rahsia kisah silamnya sebelum bergelar suami.
Meski tidak mendedahkan secara terperinci inti pati drama ini sebagai elemen kejutan kepada para penonton. Aaron akui berasa takut dan tidak berani untuk melakonkan watak tersebut pada awalnya.
“Semua orang kena tonton drama ini sebab saya yakin kalau anda pernah tengok lakonan saya yang dahulu dengan sekarang.
“Ini adalah sesuatu yang luar daripada biasa. Saya sebenarnya takut tapi saya tetap cuba beranikan diri dan komited untuk lakonkan watak ini,”katanya jujur.
Aktor berusia 45 tahun ini telah berkongsi hal tersebut ketika mempromosikan drama terbaru itu bersama penonton rancangan Wanita Hari Ini, yang bersiaran langsung di TV3 pada Rabu.
Selain Aaron, drama bersiri 28 episod ini turut dibintangi oleh pelakon terkenal antaranya, Sofea Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi.
Suamiku Lelaki Pendosa ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel berjudul ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya penulisan oleh Umie Nadzimah.
Drama dibawah arahan Eyra Rahman ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas isterinya, Fazeera Nazri mengumumkan mengenai kehamilannya, kini giliran pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi berita gembira itu kepada peminat.
Menerusi Instagram hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mendedahkan Fazeera disahkan hamil selepas sebulan mereka mendirikan rumah tangga
Bagaimanapun, pelakon berusia 36 tahun ini tidak mendedahkan usia kehamilan isterinya itu.
“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dapat adik dah! Muka abe joe terkejut + terkedu + super excited.
“Ye la baru sebulan kahwin tetibe my wife tunjuk test kit tu and cakap ‘sayang i positive!’. Positive ape ni sayang?
“Syukur Ya Allah rezeki 2022 ni datang back to back dengan izinMU ya Allah.
“Semoga Allah memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah, akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Ameen,” tulisnya.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.