“Bergaduh Sebab Gara-Gara Tulisan Tercekik Sudu,” – Kutuk Ezuwan Ismail, Ini Penjelasan Che Ta!

Share

Pernah memuat naik satu kenyataan apabila pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menyatakan hasrat untuk menjadi penyanyi.

Malah, turut dikatakan suara tercekik sudu mengenai impiannya itu. 

Lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan tampil membuat kenyataan.

Merakam foto bersama Ezuwan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta ini memaklumkan, mereka tidak bergaduh dan hanya bergurau sesama sendiri.

Ada yg kata kami bergaduh sb gara2 tulisan #tercekiksudu di ig story kami few months back .. tk bergaduh pun …tp kalau @ezuwanismail dok carut kami kot belakang tk tau la kan.


“Saja ja melawak2 manja .. tak kan sensitip kot… walau mcm mana pun , kwn tetap support kawan , mengata ttp mengata eh.
P/s manager uols tidoq dah ka @jaydeesm”

Ezuwan sebelum ini tampil dengan kumpulan trio, E1 dengan single pertama mereka yang berujudul Semalam Sahaja.

Malah, single tersebut turut mendapat reaksi pelbagai netizen. 

Foto – Instagram Che Ta

IKLAN