“Bergabung Meletop!” – Tidak Sabar Nyanyi Duet, Linda Nanuwil Dedah Sikap Sebenar Khai Bahar Di Matanya

Share

Bakal menyahut cabaran minggu duet dalam saingan keenam program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad ini, Linda Nanuwil sudah pun bertemu rakan duetnya, Khai Bahar bagi memulakan latihan awal.

Mereka bakal berpadu suara menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang pernah dipopularkan oleh Farahdhiya.

Menyatakan rasa teruja, Khai mengakui tidak sabar untuk berduet bersama bintang asal Sabah itu.

Sementara itu, Linda turut berkongsi perasaan sama selain mendedahkan sikap Khai yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup merendah diri.

“Yayyyy kita pun tak sabaq sangat nak duet dengan @khaibahar94. Baik, humble and sopan santun adik Khai ni,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, para penyokong Linda sudah tidak sabar untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka selain turut memberikan ucapan selamat maju jaya buat mereka berdua.

Malah ada di antara komen tersebut mendapat respon daripada Linda sendiri. All the best buat semua peserta GV7 minggu hadapan!

Foto: Instagram Linda Nanuwil

IKLAN