Bakal menyahut cabaran minggu duet dalam saingan keenam program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad ini, Linda Nanuwil sudah pun bertemu rakan duetnya, Khai Bahar bagi memulakan latihan awal.
Mereka bakal berpadu suara menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang pernah dipopularkan oleh Farahdhiya.
Menyatakan rasa teruja, Khai mengakui tidak sabar untuk berduet bersama bintang asal Sabah itu.
Ads
Sementara itu, Linda turut berkongsi perasaan sama selain mendedahkan sikap Khai yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup merendah diri.
“Yayyyy kita pun tak sabaq sangat nak duet dengan @khaibahar94. Baik, humble and sopan santun adik Khai ni,” tulisnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, para penyokong Linda sudah tidak sabar untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka selain turut memberikan ucapan selamat maju jaya buat mereka berdua.
Ads
Malah ada di antara komen tersebut mendapat respon daripada Linda sendiri. All the best buat semua peserta GV7 minggu hadapan!
Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu yang berkerjaya dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ketika ini.
Lalu pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi pengalaman bersama pengikutnya.
Kongsi Fasha, dengan jadual harian yang padat menyukarkan dirinya untuk menguruskan hal persekolahan anak-anak.
“Kisah hari ni..Dah macam lipas kudung ibu, dari subuh pagi sampai tengahari.
“#covid_19 please go away! Anak2 aku nak pi sekolah weiii Penat tauu jadi cikgu kat rumah …,” tulisnya di Instagram.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu mertua, Rokkiah Md Noor yang sangat baik terhadap dirinya sekeluarga.
Malah, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kini berasa sangat gembira dan bahagia kerana memiliki jalinan yang akrab bersama ibu mertuanya.
Dedikasi tersebut dikongsikan bintang berusia 35 tahun itu bersempena dengan hari jadi wanita berkenaan yang ke-60.
“Life has given me plenty of reasons to be happy, and you are one of them. I couldn’t wish for a better mother in Law.
“Happy 60th Birthday to the best MIL in the world! I love you Ibu.
“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat. @itsaidilaziz @ishak_abdulaziz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendatang baru, Aufahanie memberikan penjelasan mengenai kualiti persembahannya dalam saingan program hiburan, Vokal Mania Sabtu lalu.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahani Mokhtar mengakui akan kesilapan yang berlaku ketika membuat persembahan duet antara Rookie dan Idol, Indah Ruhaila.
“Sejujurnya, saya akui persembahan malam tu tidak meyakinkan, sememangnya layak kena kecam. Saya akui kesilapan.
“Bagaimanapun sejujurnya, saya berdepan masalah ‘stage fright’ memandangkan saya tak pernah membuat persembahan nyanyian dalam secara langsung di kaca televisyen.
“Sebelum ini, hanya menyertai pertandingan nyanyian dalam skala kecil saja. Apa pun, saya anggap ini sebagai satu pengalaman.
“Insya-Allah apa yang berlaku saya amil positif dan akan lebih memperbanyakkan latihan terutamanya dari segi vokal nyanyian selepas ni,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 17 tahun ini turut menjelaskan, ketika sesi saingan tersebut dia turut menghadapi masalah teknikal.
“Kalau nak diikutkan, ketika sesi latihan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku. Cuma ketika secara langsung, saya hadapi masalah teknikal sedikit dan seterusnya mengganggu.
“Betul, kita tidak boleh nak jangka perkara seperti itu berlaku, tinggal lagi saya yang kurang arif untuk mengawal keadaan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian,” jelasnya lagi.
Pentas Vokal Mania yang bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3.
Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana ia melibatkan 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) yang bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman.
Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur semestinya akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.
Sementara itu, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui.
Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.
Semua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.
Wang tunai sebanyak RM80,000 dipertaruhkan menerusi program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini, manakala Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.