Categories: Berita

“Berehatlah Di Syurga,” – Baby Niskha Dilapor Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Share

Usahawan Mawar Karim sebentar tadi ada berkongsi perkhabaran duka dengan memaklumkan adik Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham atau sinonim dipanggil Baby Niskha telah meninggal dunia.

Menerusi Instagram Mawar, berita tersebut disahkan sendiri ibunya, Khairiah Kamarudin.

Al- Fatihah…Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak…

"Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial.

"Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia ) – (Sejujur nya memang tidak mampu utk sy melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa ),” kongsinya.

Sebelum ini bayi berusia empat bulan ini disahkan tenat selepas kanser di kepalanya semakin membesar dari 41 sentimeter kepada 44 sentimeter.

Malah, usahawan tudung yang juga ibu tunggal beranak satu itu sebelum ini pernah ke Kelantan bagi melihat keadaan terkini bayi berkenaan.

Al-Fatihah buat Baby Niskha.





Foto : Instagram Mawar Karim

IKLAN