Suami kepada Instafamous King Coco, Kapten Azrin mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018 lalu.Keputusan tersebut seperti yang dijelaskam Azrin dibuat hasil persetujuan bersama dan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing.“Saya mengesahkan kami berdua sudah pun bercerai pada awal bulan Oktober 2018.“Saya tak pernah berniat untuk menceraikan bekas isteri saya. Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfaikan kes perceraian ini.Malah katanya seperti yang dipetik Nona lagi, perpisahan yang berlaku juga mungkin disebabkan oleh khilafnya sendiri.“Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.“Kami berpisah cara baik dan sehingga kini masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui sampai sini sahaja jodoh kami berdua,” kongsinya lagi.Terdahulu, khabar angin mengenai perkara tersebut mulai bertebaran sejak minggu lalu apabila bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana ada memuat naik foto bersama bekas madu King Coco itu dengan kapsyen motivasi terhadap ibu beranak tiga itu. Malah, menerusi bio Instagram Azura sendiri, masing-masing sepertinya membayangkan sesuatu. Hasil perkahwinan Nor Azura dan Azrin, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.Sementara King Coco dan Azrin turut memiliki seorang anak, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.Sumber: Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous, Norreen baru-baru ini ada meluangkan masa bersama dengan atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi.
Norreen juga ada berkongsi video yang memaparkan aksinya sedang melakukan aktiviti bersama Farah di sebuah dewan.
Kisahnya, Farah yang pada mulanya menunjukan skill sebagai seorang gimnas perlu melakukan aksi luar biasa dan kemudian aksi tersebut perlu dilakukan Norreen.
Bagaimanapun, aksi Norreen itu telah mencuit hati netizen apabila dia terus berlari melulu keluar dewan tersebut.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.