Pelakon, Emma Maembong membuat kejutan paling bermakna buat bapanya apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah bersempana dengan ulang tahun kelahiran pelukis senior berkenaan.

Emma memuat naik video tersebut menerusi Instagram pada Sabtu.

Menerusi perkongsiannya, pelakon Cik Sempurna itu memaklumkan pemberian tersebut adalah sebagai menghargai akan pengorbanan bapanya dalam menjaga dirinya dan keluarga.

IKLAN

“Dari kecik kawan2 mesti cerita “ ayah aku CEO” “ ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh.belajar membaca sendiri,belajar erti hidup .

 

“Bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri. Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting,” tulis Emma.

Pada masa sama, Emma sambil berterima kasih atas pengorbanan yang diberikan dia juga mahu kedua ibu bapanya rasa bangga dengan dirinya.

IKLAN

“And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh. I got my cool sport car from @dtcmotors,” katanya lagi.

Video yang sudah pun ditonton hampir 400,000 kali itu turut disusuli dengan kata-kata semangat dan terharu netizen terhadap pelakon berkenaan.

IKLAN
View this post on Instagram

Dari kecik kawan2 mesti cerita “ ayah aku CEO” “ ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh.belajar membaca sendiri,belajar erti hidup .bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri. Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting. And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh. I got my cool sport car from @dtcmotors . Kalau nk cari kereta cantik2 dan murah boleh contact dgn @ali_dtcmotors . Thank you ! #emmamaembong #emanizers @emanizers #xdehalbro #Timahdanayoh

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Foto/Video: Instagram Emma Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI