Pelakon dan penyanyi Elyana menzahirkan rasa syukur apabila berat badannya kini kian bertambah.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi hantaran terbaru di Instagram turut berterima kasih atas ucapan dan sokongan semua pihak.
“Alhamdulillah! Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg. Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu2 sedekah makanan pada saya..i love u!,” tulisnya.
Terdahulu pada pertengahan Jun lalu, penyanyi lagu Kalis Rindu ini memdedahkan berat badannya mencecah 35 kilogram selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya.
Elyana memaklumkan hal tersebut selepas ditanya peminat menerusi Ask Me Question.
Ads
Dia yang kini menerima rawatan radioterapi di hospital turut menerima beg bekalan darah yang dimasukkan ke dalam badannya, selain susu bagi meningkatkan berat badan.
Ads
Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapi telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan penyanyi muda, Erissa Puteri Hashim yang membuat persembahan pada malam pertama International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia, pada Jumaat mencuri perhatian ramai.
Menerusi acara tahunan tersebut, bekas peserta program realiti, Ceria Pop Star musim kedua yang kini berusia 21 tahun itu menerima pujian sejurus menyanyikan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.
Rata-ratanya memuji kualiti vokal yang dimilikinya selain tak kurang yang teruja melihat perkembangan seni Erissa di dalam sepotong video yang dikongsikan kami di TikTok.
“Dia hit note tu macam senang je. Range dia mesti tinggi. Go Erissa fly high.”
“Suara dia dari kecil memang sedap, minat minat kat dia.”
“Wow besar dah Erissa, lawa lagi. Memang best suara dia.”
“Dia telented giler kot.”
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 500,000 kali tontonan yang disusuli dengan ratusan komen pelbagai netizen.
Terdahulu, Erissa dijemput sebegai artis undangan pada saingan (ICFW) yang dikhususkan pada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran pereka fesyen, Jonathan dan Farel Mikhail (FM Group) yang sekaligus memberi dedikasi kepada golongan sasaran untuk sama-sama terlibat tunjukkan bakat.
Kali ini, empat IPT telah dipilih iaitu Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur, Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam) dan Kolej Komuniti Selayang dan keputusan pemenang akan diketahui hari ini.
“Sebenarnya, sehingga ke hari ini kami menerima permohonan dari banyak IPT untuk menyertai pertandingan ICFW. Namun, untuk anjuran kali ketiga ini, kami hanya memilih empat IPT sahaja kerana mahu lebih fokus dan pentingkan kualiti.
“Insya Allah, ICFW tahun depan kami akan libatkan lebih banyak IPT untuk menghantar peserta. Apa-apa pun kami lihat juga kesungguhan dan rekaan yang bakal ditampilkan. Ini kerana, kami mahukan sentuhan baharu, kreatifdan idea luar kotak terhadap busana tradisional.
“Dalam masa yang sama, ICFW adalah platform buat mereka untuk dikenali dan terus ‘terbang tinggi’ dalam bidang rekaan fesyen. Melalui pertandingan seperti inilah bakat mereka boleh digilap dan bersaing secara sihat,” kata Farel.
Farel ditemui media pada acara ICFW (sesi pelajar IPT) di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Sementara itu, Jonathan berharap ICFW mampu menjadi pemangkin kepada anak-anak muda di IPT untuk menyerlahkan bakat mereka.
“Saya rasa berbangga apabila ramai anak muda yang cenderung memperjuangkan busana tradisional yang merupakan sebahagian daripada budaya kita. Inilah masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.
“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, merekatiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen. Jadi ICFW inilah peluang buat mereka,”katanya.
Lebih sengit, empat IPT yang terlibat turut berentap dengan pereka fesyen muda yang sudah mempunyai jenama sendiri.
Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysiabersempena bulan kemerdekaan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heightsmensasarkan 1001 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.
Sempena acara berkenaan, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos dan orang ramai dijemput hadir dengan mengenakan tanjak bagi memeriahkan lagi acara.
Pengacara dan pelakon terkenal, Hawa Rizwana telah mencipta kenangan dan rekod peribadi apabila telah berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Hawa Rizwana atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Redzuan berkongsi beberapa foto dirinya yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.00 pagi pada tanggal 14 Ogos lalu.
Hawa Akui Gemar Lakukan Aktiviti Lasak
Untuk rekod, personaliti televisyen berusia 27 tahun ini sememangnya amat meminati aktiviti sukan lasak dan sering memuat naik aktiviti riadah pilihannya antaranya termasuklah berbasikal dan hiking.
“Saya sukakan aktiviti lasak sejak dahulu, jadi perkara itu tidak jadi masalah kepada saya dan saya juga suka mencuba aktiviti ekstrem ini,” katanya.
Menurut Hawa lagi, penglibatan dirinya dalam penggambaran program Real Man Malaysia: Wira Merah banyak mendedahkan dirinya dengan aktiviti lasak apatah lagi dia perlu menghabiskan masa dengan berlatih tinju, berbasikal dan aktiviti larian demi menyiapkan diri dari aspek fizikal sebelum penggambaran program terbabit.
Sukan Ekstrim & Lasak Refleks Stamina
“Apa yang saya sedar ialah saya seorang yang mampu berdaya saing kerana jika saya tidak boleh satu aktiviti itu, saya cuba sedaya upaya untuk hadapi semua halangan.”
Gadis berusia 27 tahun ini berjaya membuktikan apa sahaja mampu dilakukan sekiranya mempunyai keazaman dan keinginan untuk melakukannya.
Apa yang penting, dia membuktikan stamina dan kekuatan fizikal dan mental wanita sememangnya kuat dalam berhadapan apa jua cabaran. Syabas Hawa Rizwana!
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.