“Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing,” – Kongsi Rezeki Dengan 300 Pemandu Teksi, Datin Seri Umie Aida Hulur Sumbangan

Share

Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida bersama Yayasan Seni Karya Perihatin Malaysia telah menghulurkan sumbangan dengan memberikan beberapa barang keperluan asas kepada 300 pemandu teksi di sekitar ibu kota.

Menerusi perkongsian di Instagram, Umie meluahkan rasa syukur apabila sumbangan yang diberikan itu berjalan dengan lancar.

“Berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing. Alhamdulilah..300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan beras, tepung , minyak masak & roti prata.

“Pendapatan mereka sehari paling tinggi 20 ringgit. Lets malaysian.. sama2 kita berganding bahu hulurkan bantuan . Account yayasan 21233000012249 (rhb bank),” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini menitipkan ucapan terima kepada orang ramai yang telah menderma untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Dan terima kasih kepada yang telah menderma . Semoga sentiasa dalam lindunganNYA dan rahmatNYA. Aamiin #yayasansenikaryaperihatinmalaysia #kitaadakita,” tulisnya.

Foto: Instagram Umie Aida

IKLAN