“Berat Dah Naik 88.4Kg!,” – Hitung Hari Lahir Anak Ketiga, Zizie Izette Kongsi Perkembangan Terkini

Share

Bakal melahirkan cahaya mata ketiga tidak lama lagi, pelakon Zizie Izette ada memuat naik foto terbaru menerusi Instagram.

Kongsi kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini, Zizie memaklumkan berat badannya sudah mencecah sehingga 88.4 kilogram dan pada ketika ini, dia akan menjamah apa sahaja makanan, memandangkan rutin pemakanannya akan dipantau ketika proses berpantang.

“Counting days to give birth. Berat dah naik 88.4kg!! I will eat all I want now, nanti musim berpantang dah kena jaga & dipantau,” kongsi Zizie yang turut membayangkan dirinya akan berkongsi sepanjang proses perkembangannya bersama pengikut media sosial.

“Wish me luck, yakin boleh,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkahwin pada 2009 dan dikurniakan anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Sementara itu, Zizie dah suami turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aarc Zayn Izette.

Foto: Instagram Zizie Izette

IKLAN