Selepas berkongsi berita gembira berjaya menggengam segulung ijazah selepas kira-kira tujuh tahun menuntut ilmu baru-baru ini, perkongsian terkini di Instagram pelakon dan ushawan, Nadiyah Shahab sekali lagi ‘memancing’ mata netizen apabila figura si ibu pula yang diperkatakan.
Masakan tidak, keduanya dilihat menawan dan ada di antara peminat yang tidak menyangka wanita yang dipeluk isteri kepada Ben Ali itu merupakan ibu tercintanya.
Ramai memuji keduanya dan ada yang menyifatkan si ibu yang kekal awet muda meski usianya sudah mencecah 54 tahun kelihatan seperti kakak kepada Nadiyah.
Sehingga kini, ratusan komen telah ditinggalkan menerusi entri berkenaan dan ada di antaranya turut dibalas pelakon Asalkan Kau Bahagia itu.
Ads
Terdahulu mengimbas sukses yang dilakarkan, Nadiyah berjaya memperolehi Ijazah Perundangan dari University of London dan majlis graduasi telah pun selesai minggu lalu.
Haziqah Nurul Huda atau lebih mesra dipanggil Yaya menafikan dirinya berkahwin dengan lelaki berstatus isteri orang, sebagaimana yang tular di laman sosial sejak awal hari ini.
Gadis berusia 23 tahun ini seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, apa yang didakwa sebagaimana yang diperkatakan menerusi Facebook itu adalah fitnah dan menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah.
“Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.
“Tiada alasan untuk saya berkahwin di Thailand seperti didakwa kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam. Saya tidak boleh memandu dan jika ke mana-mana mesti bersama ayah.
“Pada 6 Januari 2020 yang didakwa kononnya tarikh perkahwinan saya bersama lelaki itu di Thailand, ia tidak benar kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Yaya turut menambah dia tidak ingin mengulas lanjut terhadap isu berkenaan. Sebaliknya, dia mengharapkan agar kebenaran di balik dakwaan tersebut akan terjawab.
“Terserah kepada netizen jika berterusan ingin menghukum dan mengecam saya kerana fitnah itu. Saya yakin berada di pihak yang benar.
“Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.
“Selain perniagaan dijalankan, saya hanya mempunyai ibu dan ayah serta keluarga. Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah,” jelasnya lagi yang turut tidak teragak-agak untuk menyaman individu terbabit sekiranya ia berterusan memburukkan nama baiknya.
Terdahulu, melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, seorang ibu kepada tiga anak telah mendakwa suaminya mempunyai hubungan bersama usahawan asal Terengganu itu.
Wanita berkenaan turut mendakwa, Yaya dikatakan berkahwin secara senyap di Thailand pada 6 Januari lalu dengan suaminya.
Sementara itu, menerusi Insta Stories Yaya yang turut mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram, dirinya ada berkongsi status yang menyifatkan apa yang terjadi tidak akan berlaku tanpa sebab.
Status tersebut bagaimana pun tidak pula diperincikan kepada mana-mana subjek.
Terdahulu memetik Sinar Harian, Yaya yang juga pengasas Moon Cake, mengalami lumpuh sejak sembilan tahun lalu telah beransur pulih selepas terjatuh di Masjidil Haram ketika menunaikan umrah Disember lalu.
Yaya menjelaskan, perubahan positif yang dialami itu dianggap sebagai anugerah tidak ternilai yang dikurniakan ALLAH SWT.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemain badminton nombor satu dunia Jepun, Kento Momota, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas terbabit kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi.
Memetik Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seperti yang dilapor mengesahkan tiga lagi mangsa yang bersama Momota dalam kejadian itu turut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Katanya seperti yang dipetik, tiga mangsa yang terlibat ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.
“Kita menafikan Momota berada dalam keadaan kritikal seperti dilaporkan sesetengah pihak. Sebaliknya, semua mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada media selepas melawat mangsa di Hospital Putrajaya.
Difahamkan, kemalangan jam 4.45 pagi itu berlaku apabila van dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu, pemandu van berkenaan, B Nageswarau, 24, yang tersepit di tempat duduknya, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Syed Saddiq turut menegaskan, pihaknya mengambil berat kes itu kerana ia sangat tragik memandangkan ia membabitkan bintang badminton dunia dan kini giat memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.
Sumber/Foto: Berita Harian/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi kajian ilmu di salah sebuah universiti awam menampilkan hasil karya miliknya berupa lirik Muda, Bunga dan Mambang, Altimet meluahkan keterujaan dan menyifatkan ia sebagai penghargaan yang sangat besar pada dirinya.
Malah, ulas komposer ini, nilainya lebih besar daripada piala atau anugerah yang diterima.
“Satu penghargaan yang sangat besar untuk saya secara peribadi. Nilainya lebih dari piala yang fizikal. Hati ada senyuuuummmmm.
“Terimalah kasih @shafiqahshuhada, Moga awak dapat apa yang awak impikan, InsyaAllah Amin. Sebab benda yang awak buat ni jauh lebih dari apa yang saya berani impikan untuk diri saya. Alhamdulillah, Allah Ya Rabb. #TukangTulis #GuaMambang,” kongsi rapper ini.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.