“Berani Duduk Sekandang Dengan Singa, Silakan,” – Uyaina Arshad Beri Pesan Buat Yang Terlalu Berserah Fasal COVID-19, Zizan Razak Pula Mengaku Buaya?

Share

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kesal terhadap segelintir indivudu yang terlalu berserah sehingga kurang mempraktikkan langkah berjaga-jaga untuk menangani penularan COVID-19.

Pelakon Jujurlah Nikahi Aku itu memberi perumpamaan sekiranya mereka tidak takut dengan virus Corona ini, mereka juga tidak sepatutnya takut kepada haiwan liar seperti singa.

“Corona Virus tu kan ciptaan Allah, kenapa takut?

“Singa pun ciptaan Allah. Berani duduk sekandang dengan singa? Silakan,” tulis Uyaina menerusi satu entri di Instagram.

Posting tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #KitaJagaKita.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ruangan komen dihujani dengan reaksi peminat yang bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan Uyaina.

Dalam pada itu, pelakon dan pelawak, Zizan Razak turut sempat bergurau dengan menyifatkan dirinya sebagai buaya.

“Nasib baik saya buaya,” tulisnya lantas membuatkan ramai terhibur.

Untuk rekod, sehingga petang tadi, Malaysia telah pun mencatat angka kes kematian sebanyak 10 orang membabitkan wabak COVID-19.

Sumber: Instagram Uyaina Arshad

IKLAN