Berang Dengan Isu Gangguan Seksual Dalam Industri Filem, Dian Sastrowardoyo Desak Perubahan Segera

Share

Pelakon prolifik Indonesia, Dian Sastrowardoyo menerusi satu hantaran poster bertulis di laman Instagramnya memberi penegasan supaya isu gangguan seksual dalam industri filem Indonesia perlu segera ditangani dan diselesaikan.

Jelas pelakon yang popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta ini, dia mahu perubahan dilakukan segera bagi mencipta ruang seni yang positif.

Kredit foto: Instagram Dian Sastrowardoyo

Ujarnya pada status hantaran dengan penjelasan panjang lebar itu, “Perubahan adalah sekarang. Masa untuk menjadi aktif, telus dan tegas. Tunjukkan sokongan anda.” Ucapan ini disertakan dengan tanda pagar berpihak pada mangsa dan ruang selamat dunia perfileman.

Menerusi poster bertulis yang dimuat naik itu, Dian menyatakan yang selama ini kekerasan seksual di dalam ekosistem dunia perfileman masih terjadi. “Secara realitinya keganasan seksual dalam ekosistem filem masih berlaku dan tanpa peraturan yang jelas, semua orang boleh menjadi pelaku atau mangsa.”

Menurutnya lagi, setakat ini ramai mangsa gangguan seksual yang berdiam diri kerana tiada sistem pengendalian yang baik dan tidak berat sebelah. Justeru, Dian Sastro menganggap ini sebagai kerja rumah setiap orang yang mengambil berat untuk membuat kesimpulan dan menegakkan etika kerja.

Kredit foto: Instagram Dian Sastrowardoyo

Bagi Dian Sastro, salah satu cara untuk mewujudkan ruang kerja yang selamat daripada keganasan seksual ialah dengan mewujudkan dasar atau Standard Operating Procedure (SOP).  “SOP tersebut bertujuan untuk mendidik, mencegah, melindungi dan mengambil tindakan tegas terhadap laporan yang yang dikemukakan,” katanya lagi.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Instagram Dian Sastrowardoyo

 

 

 

 

IKLAN