Beraksi Lucah Ketika Live Di Instagram, Iqram Dinzly Beri Penjelasan!

Jika sebelum ini MH pernah keluarkan artikel berkenaan dengan perubahan Iqram Dinzly, terbaru MH ada ternampak Iqram beraksi lucah pula ketika melakukan Instagram Live baru-baru ini.

Bagaimanapun melalui portal akhbar tempatan Harian Metro, Iqram menjawab segala tanda tanya yang timbul.

Menurutnya tiada apa yang pelik dilakukan dia hanya makan epal hijau dan buah-buahan di rumahnya dan hanya cuba bermain dengan teknik lakonan di alam maya.

IKLAN

Malah, Iqram memberitahu netizen tidak perlu menyibuk tentang apa sahaja yang dilakukannya kerana mereka bukanlah Tuhan yang boleh menilai dirinya.

“Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya.

 

“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

 

“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Iqram juga menyifatkan netizen yang sering mencari kesalahannya itu bersikap busuk hati dan berharap agar netizen berhenti fikir yang bukan-bukan tentang dirinya.

“Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.

 

“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” jelasnya lagi.

Malah, Iqram turut memberitahu kini dia ingin dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

IKLAN

SUMBER : Harian Metro