Tanggal 15 April yang lalu, maka genaplah usia pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali yang ke-33 tahun.
Bersempena hari isterimewa tersebut, bekas isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri telah menitipkan ucapan penuh makna bagi mewakili dirinya dan juga anaknya.
Menurut Shakilla, dia amat berterima kasih kepada Fizi kerana telah menjadi bapa yang terbaik buat anak mereka, Ameena Sofia selama ini.
“Terima Kasih kerana jadi Daddy Ameena Sofia yang terbaik. Yang sayangkan Ameena tanpa ada batasan dan halangan (insyallah).
“Walau jauh dan tak hari-hari bersama Ameena tapi insyallah Daddy sentiasa ada tempat dalam hati Ameena.
“Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu. Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan. Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki,” tulisnya.
Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Shakilla turut mendoakan semoga Fizi sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang di dalam hidupnya.
“Tahun ni mungkin sukar buat Daddy tapi insyallah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ni.
Mungkin juga tahun yang special untuk daddy dengan orang-orang yang special.
“Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ni dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup daddy.
“Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa daddy. Semoga Allah campak sedikit hidayah buat daddy untuk terus jadi Daddy, Anak,Lelaki dan insyallah manusia yang lebih baik,” titipnya lagi.
Katanya lagi, meskipun dia dan Ameena bukan lagi menjadi individu terawal yang menitipkan ucapan hari lahir, namun dia menyifatkan Fizi akan sentiasa menjadi memori terindah di dalam hidup mereka dan akan dikenang sampai bila-bila.
“Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka pada daddy supaya daddy dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Insyallah.
“Semoga yang baik-baik je untuk daddy. Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada NOTA kaki dalam Instagram ni yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Our Ameena bila dia dah besar nanti.
“Daddy, lelaki dan Ayah yang terbaik. Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga. Insyallah. Dont be sad but Enjoy your day with your loved one,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.
Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shakilla Khoriri & Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu perkongsian video usahawan viral yang juga pempengaruh, Iddin Syah ketika melakukan amal kebajikan dengan menghulurkan sumbangan di bazar Ramadan mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di media sosial.
Ini kerana, ada yang mendakwa dia menunjuk-nunjuk dalam berbuat kebaikan.
Iddin yang juga pengasas produk kecantikan ESW berkata, dia tidak menyangka tindakan mulia yang dilakukan itu menerima komen negatif kerana niatnya hanya mahu berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Sebenarnya sebelum ini pun saya buat (derma) cuma tak tunjuk, kita buat sendiri-sendiri sahaja. Tapi bila tak buat orang mempersoalkan pula, jadi kita tunjuklah untuk beritahu kita pun ada beri sumbangan.
“Lagipun sekarang ini bulan Ramadan, tak salah saya kongsi rezeki dengan orang lain, mana la tahu dengan apa yang saya tunjuk itu mungkin boleh jadi contoh kepada orang lain.
“Saya dah biasa kena kecam tapi bila baca komen yang kata bukan-bukan itu sedikit sebanyak membuatkan saya kecil hati sebab mereka seolah-olah tak beri sokongan atas apa yang saya buat,” katanya.
Menerusi TikTok, Iddin menyerahkan sumbangan kepada 500 orang pengunjung bazar Ramadan di Kuala Ketil, Kedah, baru-baru ini menjadi tular di media sosial.
Dalam rakaman itu, orang ramai dilihat beratur panjang bagi mendapatkan bantuan berupa beras, biskut dan senaskah al-Quran.
Bagaimanapun perkongsiannya ahli perniagaan berusia 27 tahun itu mengundang kecaman apabila ada yang menuduhnya sengaja ‘show off’.
Iddin pada masa sama menjelaskan, tujuannya berkongsi rakaman video berkenaan adalah kerana mahu memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya usahawan muda.
“Ini bukan kali pertama, tahun lalu saya viral sebab borong makanan peniaga bazar yang tak habis dijual… itu pun kena kecam!
“Apa yang saya kongsi ini sekadar nak beri inspirasi kepada orang lain terutamanya peniaga muda supaya mereka pun berminat nak hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Sekarang ini ramai orang susah, tak salah kita bantu-bantu. Lagi pun laman sosial saya banyak golongan muda, sekurang-kurangnya bila mereka tengok bolehlah jadi inspirasi nak membantu orang lain,” ujarnya lagi.
Iddin sebelum ini turut memuat naik beberapa sesi kebajikan yang dilakukan bersama pasukannya di Instagram.
Erra Fazira yang menggalas tanggungjawab sebagai rakan penyampai segmen Pagi Di Sinar di stesen radio Sinar FM selama sebulan di samping Angah, Jepp dan Rahim mendedahkan dia tidak tahu kejutan yang diterima apabila Datuk Awie diundang sebagai tetamu di konti.
Berkongsi di Instagram, bintang filem Hingga Hujung Nyawa itu terkejut dengan kehadiran rakan selebritinya itu.
“So sweet. Datuk @awieofficial turun buat kejutan di konti @sinar_my. Saya tekezut giler sebab tak ada sesiapa bagitahu ada tetamu dan tetamu tu pulak Abam Awie.
“Kejutan yang sweet sangat. Thank you korang, thank you Abam Awie memeriahkan pagi dan menambah lagi memori indah dalm lipatan sejarah. InsyaAllah ada rezeki bjumpa lagi. InsyaAllah ada rezeki kita bkejesama lagi,” tulisnya.
Erra pada masa sama turut menitipkan doa buat insan yang pernah hadir di dalam hidupnya itu.
“Meanwhile, saya doakan Awie diberi kesihatan yang baik, terus gemilang bersama kerjaya dan bahagia bersama seisi keluarga. Take care,” titipnya.
Menerusi beberapa foto dan video sedutan yang dikongsi Erra dan Awie turut mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.