Categories: Berita

“Benda Yang Tak Minta…,”- Johan Belikan Isteri iPhone 11 Bernilai RM6,889, Mahu Hargai Pasangan Yang Jaga Pakai Minum

Share

Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sentiasa mendapat perhatian ramai kerana perangai mereka yang sempoi dan gila-gila.

Terbaru, Johan dilihat menghadiahkan telefon pintar, iPhone 11 bernilai RM6,889 buat isteri tercinta, Ozlynn di sebuah outlet khas penjualan Apple.

Perkara tersebut dikongsikan Johan yang merakam setiap momen Ozlynn yang sedang khusyuk memilih gadjet berkenaan.

"You jaga anak-anak I, you jaga pakai minum I, you jaga rumah. Ini bukan pasal harga iPhone itu, tapi pasangan anda yang tidak terharga nilainya.

"Thank you sayang, you memang layak dapat. Jadi anda di luar sana, hargailah isteri anda. Hargai pasangan anda dengan memberikan apa sahaja.

"Kadang-kadang benda yang tak minta inilah, yang dinamakan surprised," katanya sambil mengucup dahi isterinya.

Video berdurasi 18 minit itu telah ditonton sebanyak lebih 30,000 tontonan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata gembira dan mendoakan agar keluarga ini kekal bahagia.











Johan dan Ozlynn dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Video : Youtube Channel Jozlynn

IKLAN