Benarkah ‘Saifulina’ Ini Adalah Saiful Malaysia Idol?

Mungkin tak ramai mengenali Saiful Malaysia Idol kerana perjalanan dalam bidang nyayiannya tidak terlalu lama dan agak perlahan jika dibanding dengan bintang realiti lain. Terdahulu, Saiful pernah popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3.

Selepas tamat program itu, Saiful atau nama sebenar penyanyi berwajah manis ini, Mohammad Saiful Bakeri tampil dengan lagu single Ku Juga Mencintaimu yang menjadi siulan ramai.

Namun, selepas lagu pertama itu, anak kelahiran Sarawak itu lama diam menyepi dan kemudian muncul dengan lagu single kedua yang bertajuk Aku Ada Di Sini terbitan Sony BMG Music Entertaiment.

Saiful yang popular dalam kalangan wanita kerana berwajah manis dan berlesung pipit. Saiful juga sebumbung bersama penyanyi hebat, Jaclyn Victor di bawah syarikat rakaman yang sama. Namun, nama Saiful semakin tenggelam sehinggalah hari ini.

Baru-baru ini seorang penguna twitter telah berkongsi satu foto perempuan cantik yang didakwa penyanyi itu.

IKLAN

Menerusi perkongsian individu itu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu. Kalau sebelum ini mungkin pernah ada kisah Saiful berubah ke arah ‘wanita’, tapi kali ini memang transformasi begitu ketara.

“Saya memang lelaki tulen dan saya tidak perlu untuk membuktikan apa-apa semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak. Lagipun, tak semua lelaki yang berjambang dan bermisai itu tulen,” kata Saiful mempertahankan dirinya apabila kenyataannya itu pernah disiarkan menerusi Berita Harian terbitan 3 Mac 2007.

Menurut dakwaan yang tular di media sosial kini, Saiful juga kini mesra dengan panggilan Saifulina.

Sehingga kini tidak pasti sama ada benarkah gambar Saifulina itu dengan Saiful adalah orang?  MH Online akan cuba mendapatkan kenyataan daripada Saiful sendiri.  

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]