Semalam, kecoh apabila pelakon bergelar Datuk ditahan polis kerana melakukan kekerasan terhadap orang sekeliling termasuklah seorang anggota polis.

Lebih mengejutkan apabila aktor tersebut disahkan positif dadah, mulalah ada sesetengah netizen mengambil kesempatan menghina dan mencerca Farid tanpa mengetahui isu sebenarnya.

Isu ini juga bukan sahaja menimbulkan rasa kebimbangan sesama pengikut, malah ia juga menimbulkan perbalahan di antara mereka.

Ada yang menganggap Farid hanya menjadi mangsa keadaan dan ada juga yang tetap meletakkan hukuman kepada pelakon ini.

IKLAN

Bagaimanpun, MH kagum apabila ramai juga yang meminta agar orang ramai tidak membuat keputusan melulu.

Ada netizen yang menyuarakan pandangannya mendakwa ada something ‘fishy’ mengenai laporan polis yang dibuat.

Benarkah Farid Kamil Hanya Menjadi Mangsa Keadaan?

IKLAN

“Tak pelik ke dia berjalan kat tepi jalan tanpa dari report tu dah nampak macam something fishy. Tiba-tiba dalam kereta Farid tangkap gambar dan dia pegang stereng?

“Something wrong somewhere guys, Don’t judge people before you know the real story,” tulisnya.

Benarkah Farid Kamil Hanya Menjadi Mangsa Keadaan?

“Kita tak tahu keadaan dia, apa dia fikirkan… Dia tu manusia juga ada masa hilang pertimbangan.
“Netizen kira menghukum je, biar je diaorang settle. Kita ada mata tengok jelah nanti,” tulisnya pula.

Sementara itu, ada juga peminat merasakan bahawa Farid dianiaya sesorang.

IKLAN

Benarkah Farid Kamil Hanya Menjadi Mangsa Keadaan?

“Saya takut dia dianiaya kes politik sebab kebelakangan ini dia rajin bersuara mempertahankan hak rakyat dan negara.

“Mungkin ada orang tak puas hati nak sabotaj sebab lantang sangat menyuarakan isu politik dan pengaruhnya,” tulisnya.

Bagi MH, orang ramai tidak seharusnya terus menghukum atau menjatuhkan apa-apa kesalahan kepada pelakon ini kerana sehingga kini tiada sebarang pencerahan atau penjelasan lebih lanjut daripada mana-mana pihak tentang isu ini.

Malah isteri dan ahli keluarga Farid sendiri juga enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang isu ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI