“Belum Sunat Lagi Kau. Aku Potong Kasi Habis Bikin Steam Masak Limau Nipis,” – MK K-Clique Sound Siapa Tu?

Share

Baru-baru ini, rapper dan anggota kumpulan K-Clique, MK mendedahkan ada menerima mesej tidak senonoh di ruangan ‘direct message’ Instagram daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Seperti tidak serik, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, sekali lagi memaklumkan dia sekali lagi mendapat satu lagi mesej berbaur lucah, dipercayai daripada seorang kanak-kanak lelaki.

Menerus tangkap layar yang dikongsikannya di di Instagram stories yang sudah dikaburkan, individu tersebut dilihat seolah-olah seperti menunjukkan foto alat sulitnya.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang rasa terkejut bintang ini.

malah, MK turut menyifatkan kanak-kanak tersebut tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian.

“Kecik-kecik kau begini sudah. Belum sunat lagi kau. Aku potong kasi habis tu bikin steam masak limau nipis kasi kau makan balik.

“Hahahahaha, stress aku sumpah budak-budak ni. Mental aku. Hahaha,” kongsinya.

Jelas penyanyi lagu Mimpi itu lagi, perkara tersebut ada kalanya membuatkan dirinya berasa agak tertekan.

Dalam perkembangan lain, MK dikhabarkan bakal muncul dengan single terbarunya yang berjudul Ciao hasil kolaborasi bersama rapper senior, Joe Flizzow dan penyanyi antrabangsa Korea Selatan, Jay Park.

IKLAN