Belum Sedia Dedah Jantina Anak, Nad Zainal Maklum Sudah Ada Nama Bayi

Share

Seperti umum mengetahui, pelakon berbakat Nad Zainal kini sedang menanti detik untuk melahirkan anak keduanya.

Menerusi hantaran di Instagram, bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini mendedahkan dia belum mahu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Dia pada masa sama turut berkongsi cerita perihal anak pertamanya, Fahad Ibrahim.

“Me : tiap kali orang tanya anak apa kali ni… i refused to jawab… ahahahaha! surpriseeee!

“Tapi…. Yem Boy tak boleh simpan rahsia.. semalam dia main sebut kuat-kuat di public.

“siap nama penuh! nasib dia tak pandai pakai hp, kalau tak reporter call dia je,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar urusan bersalin bintang itu dipermudahkan.

Sekadar informasi, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 4 tahun hasil perkongsian hidup bersama.

Foto: Instagram Nad Zainal

IKLAN