“Belum Pun Sedih Kehilangan Abah..,”- Al Fatihah…Nenek Adira Pula Meninggal Dunia

Share

“Lepas satu2 dugaan yang ku terima,”. Itu luahan penyanyi Adira Suhaimi yang telah kehilangan neneknya sebentar tadi.

Berita sedih itu dikongsi bintang kelahiran Akademi Fantasia 8 itu menerusi Instagram miliknya.

“Allahuakbar….lps satu2 dugaan yg ku terima…blm pun hilang kesedihan kehilangan abah tersayang…dtg lagi dugaan bila mendapat khabar nenek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..

“Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini,” tulisnya. 

Lebih menyedihkan lagi, apabila bintang kelahiran Akademi Fantasia 8 itu baru sahaja kehilangan bapa pada Khamis lalu akibat kegagalan organ dalaman.

Jenazah bapanya bagaimanapun sudah selamat dikebumikan di Kundasang, Sabah pada Sabtu lalu.

IKLAN