“Belum Lagi Dalam Sejarah Hidup, I Yang Ngorat,” – Dikata ‘Usha’ Suami Dahulu, Baca Pendedahan Datin Fouziah Gous

Share

Berkongsi gambar percutian ke Amsterdam baru-baru ini, Datuk Zhafran Md Yusof ada mengimbau detik-detik pertemuan dengan isteri, Datin Fouziah Gous.

Lebih menarik, bapa kepada dua cahaya mata itu membuka rahsia, membayangkan isterinya itu terlebih dahulu memikatnya!

Usik Zhaf lagi, walaupun perkara tersebut tidak masuk akal, namun dia bersyukur atas ikatan yang dibina bersama kekal harmoni.

Wifey…wifey ingat lagi tak bibit terdetik nya per cintaan kita ber mula …???

“Wifey “ngorat” kita dulu kan …??? Agak agaknya,apakah perbualan kami ..??? .Bila suami isteri “re-call” balik kisah zaman bercinta dulu ,you all rasa banyak tak benda “tak logic” pernah buat…??? #ZhafouAmsterdam #SharewithZF #syukurlah #FGGTakesAmsterdam @fouziahgous #inshaAllahKeJannah #BercintaKeranaAllahSWT.”

Memberi respon akan kenyataan tersebut, tegas wanita jelita ini dalam seumur hidupnya, dia tidak pernah memikat lelaki.

Belum lagi dalam sejarah hidup I, I yg ngorat! Im toooooo expensive.”

Namun ada sahaja balasan si suami.

That’s why you married to me…first one you ngorat.”

Mmmmmm ok lah ok lahhhh I ngorat u! #layankanje #suami”


Alaaa, sweet sangat pasangan ini.

Foto : Instagram Zhaf Yusof

IKLAN