Belum Jumpa ‘Tatang’, Bunga Isme Sebak Kongsi Momen Indah Di Instagram – “Baliklah, Mummy Tunggu Awak.”

Share

Penyanyi Bunga Isme yang sebelum ini ada meminta bantuan ramai untuk membantunya mencari kucing peliharaan yang diberi nama Tatang selepas hilang pada hari Ahad mendedahkan dia sudah ikhtiar menjejaki Tatang.

Dalam satu hantaran terkini melalui video di Instagram, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari dilihat sebak dan berkongsi momen istimewanya bersama kucing kesayangan.

“Dah round taman berkali-kali, mummy cari awak kat celah longkang, lorong, semak samun, kene kejar dengan anjing, tanya kawan kawan awak mana awak, masih tak nampak awak tatang.

“Balik lah tatang. Mummy rindu. Maktok rindu. Mummy effa rindu. Balik lah. Kalau ada orang jagakan awak, jagalah elok elok dan pulangkan lah awak kt mummy. Balik lah tatang, mummy tunggu awak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Beberapa hari lalu, Bunga ada mendedahkan, kali terakhir Tatang dilihat adalah di sekitar Seri Kembangan.

Sehubungan dengan itu, dia penyanyi lagu Bunga turut menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM500 kepada sesiapa yang menjumpai haiwan peliharaan berkenaan.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI

untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Bunga Isme

IKLAN