Bella Dally Kini Sah Hamil Anak Pertama?

Share

Menerusi laman media sosial Instagram milik pelakon dan model, Bella Dally ada berkongsi satu rakaman video yang menjadi tanda tanya kepada peminat.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally telah berkongsi kit ujian kehamilan yang menunjukan keputusan positif menerusi rakaman video tersebut.

Lalu, perkongsian bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menjadi persoalan daripada rakan selebriti dan peminat.

Rata-rata peminat menyangka bekas isteri kepada pelakon Nazim Othman itu kini sudah hamil.

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim pada 10 September 2016.

Bagaimanapun, Bella dan Nazim telah sah bercerai dengan talak satu pada 17 Mei 2018.

Selepas itu, bintang berusia 27 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.

Diharapkan apa yang dikongsi oleh Bella ini adalah benar dan merupakan satu berita gembira buat kepada semua peminat.

Video : Instagram Bella Daily

IKLAN