Rentetan daripada pengakuan Anzalna Nasir yang baru dimuat naik melalui akaun Instagramnya membabitkan adiknya, Afifah bersama isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah, MH Online segera mendapatkan Bella untuk berkongsi pandangannya terhadap isu ini.

“Jika dia benar meminta maaf, saya sangat berbesar hati dan terbuka untuk memaafkannya. Saya faham sebagai seorang kakak pasti dia akan cuba untuk melindungi adiknya.

“Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini, kalau boleh lagi cepat ia selesai lagi bagus,” jelasnya.

Katanya lagi dia harap selepas ini apa yang terjadi jika membabitkan seseorang itu biarlah orang yang terbabit sahaja bersuara dan memberi pandangan jangan cuba untuk memberi sebarang kenyataan kerana kadang kala perkara seperti itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Bella Astillah Sedia Maafkan Anzalna

IKLAN

Sungguhpun begitu, Bella berkongsi simpati dan terkejut apabila mengetahui Anzalna turut terbabit terkena tempias dalam hal ini.

“Jujur masa kejadian tersebut saya terkejut bila mengetahui nama Anzalna terbabit dan turut simpati kerana menjadi mangsa kecaman netizen. Saya tak tahu apa yang berlaku sehinggalah saya sedar tentang komen ‘meroyan’ itu.

 

“Waktu kenyataan itu keluar bukan saya sahaja yang terasa, semua perempuan terasa dengan kata-kata seperti itu.

 

“Tetapi seperti yang saya kata saya memahami situasi Anzalna sebagai seorang kakak yang cuba melindungi adiknya. Cuma selepas ini sebelum keluarkan apa-apa kenyataan haruslah faham dan selidik dahulu apa yang terjadi,” katanya lagi.

Walaupun masih belum menerima apa-apa permohonan maaf secara peribadi dari pihak Anzalna, Bella tidak kisah dan cuba memahami situasi Anzalna.

IKLAN

Katanya perkara seperti ini harus datang dari keikhlasan seseorang dan bergantung pada kesungguhannya sendiri.

Bella Astillah Sedia Maafkan Anzalna

IKLAN

Bila ditanya adakah Bella sudah bersedia untuk memaafkan Afifah, dia masih enggan memberi apa-apa jaminan kerana masih mencari keikhlasan untuk melupakan dan memaafkan segala apa yang terjadi.

Baginya, biarlah masa memulihkan segala luka di hati dan tidak mahu memanjangkan lagi cerita.

Apa pun MH Online bangga dengan cara pemikiran Bella yang sentiasa sabar dan boleh dibawa berbincang. Ternyata walaupun Bella baru sahaja 23 tahu tetapi pemikirannya boleh dikatakan agak matang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI