Disebalik kejayaan seseorang individu, tentu ada insan yang sentiasa memberikan sokongan dibelakangnya.

Sama seperti insan lain, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa insan penting dalam hidupnya yang sering memberikan sokongan kepada dia.

Salah seorang daripadanya adalah kakak ipar merangkap pengurus, Rozi Abdul Razak.

IKLAN

‘Beliau Ibarat Pelengkap Setiap Kejayaan Saya’-Sweet Sangat Ucapan Hari Lahir Siti Buat Rozi

Memandangkan hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Rozi, Siti memuat naik ‘appreciation post’ kepada Rozi di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Pada tarikh keramat hari ini, lahirnya seorang insan yang sangat dekat dengan saya.

“Beliau ibarat pelengkap setiap kejayaan karier saya…penjaga, perancang, penasihat, pengkritik, pelindung dan pelawak.

“Kakakku Rozi, semoga ALLAH SWT sentiasa melindungimu, berikan kesihatan yang baik, kebahagian dan idea-idea yang hebat buatmu.

“Sentiasa ingat bahawa adikmu ini sentiasa bersamamu dalam susah serta senang. Selamat ulangtahun kelahiran buatmu.#maintaincantik,”tulisnya.

‘Beliau Ibarat Pelengkap Setiap Kejayaan Saya’-Sweet Sangat Ucapan Hari Lahir Siti Buat Rozi

IKLAN

‘Sweet’ sangat! Apa-apapun di kesempatan ini, MH pun ingin ucapkan ‘Happy Birthday’ kepada Rozi.

Sumber: IG CTDK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI