“Beli Kamera Paling Low Spec Sebab…,” – Janna Nick Buat ‘Prank’ Sempena Hari Jadi Dini Schatzmann, Kekasih Menangis Kegembiraan

Share

Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada berkongsi satu rakaman video ketika melakukan kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann yang ke-27.

Menerusi rakaman video tersebut, bekas hos rancangan Melodi itu dengan sengaja menghadiahkan sebuah kamera digital spefikasi rendah, yang mana ia difahamkan tidak seperti yang diidamkan pelakon kacukan itu.

Dalam video tersebut, Dini kelihatan ‘berpura-pura’ menyukai dengan hadiah pemberian Janna.

“I memang tak reti beli2 barang2 gadget-gadget ni. Kalau camera/phone ke apa memang dini yang akan buat research & beli.

“So on his birthday I beli camera paling low spec sebab nak surprise dia. Dia tahu camera tu low spec tapi dia terpaksa pura pura suka sebab I dah beli…

@dinischatzmann,” tulisnya.

Bagaimanapun, Janna mendedahkan kejutan tersebut adalah satu ‘prank’ dan telah membelikan hadiah seperti yang diidamkan oleh kekasihnya itu.

Dalam rakaman video itu juga, Janna turut mempamerkan resit pembelian hadiah berkenaan yang mencecah hampir RM27,000.

Foto: Instagram Janna Nick

IKLAN