
Usahawan sensasi Kak KM berkongsi persiapan sambutan Aidilfitri dalam keluarganya tidak banyak berubah setiap tahun.
Walaupun begitu, suasana tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta insan terdekat.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, tradisi utama mereka lazimnya adalah saling berkumpul bersama adik-beradik dan anak buah untuk memasak serta menikmati juadah raya bersama.
“Setiap tahun memang sama sahaja. Kami akan berkumpul dengan keluarga, masak-masak dan luangkan masa bersama,” katanya ketika ditemui di acara Lets Raya, Gegak Gempita Raya 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa sama, Kak KM turut merancang untuk meluangkan masa dengan bercuti bersama keluarga.
Bagaimanana pun pada awalnya, Kak KM berhasrat untuk bercuti bersama kakaknya iaitu usahawan Kak Nona selepas hubungan mereka kembali baik.
Namun, perancangan tersebut tidak dapat diteruskan kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.
“Memang ada plan nak bercuti bersama Kak Nona, tapi dia ada perancangan lain. Jadi kita teruskan dengan percutian masing-masing dulu, lepas itu baru beraya bersama,” katanya lagi.

Bawa Lebih 30 Orang Bercuti, Tanggung Semua Kos
Kak KM turut berkongsi setiap kali bercuti, beliau bukan sahaja membawa ahli keluarga, malah turut mengajak anak buah dan pekerja, dengan jumlah keseluruhan mencecah lebih 30 orang.
“Kalau saya bercuti, memang saya bawa semua sekali termasuk staf. Saya yang belanja mereka, itu cara saya nak gembirakan orang sekeliling,” katanya.
Kak KM sebelum ini pernah membawa rombongan keluarga dan pekerja bercuti ke Jepun dan Langkawi sebagai tanda penghargaan.
Menurutnya, setiap perancangan percutian akan diurus dengan teliti bagi memastikan keselesaan semua, termasuk dari segi tiket penerbangan, penginapan dan makanan.
“Saya nak semua teratur, dari tiket penerbangan, hotel sampai makanan. Saya pastikan semua cukup dan selesa.
“Misalnya waktu ke Jepun, perbelanjaan cecah ratusan ribu. Langkawi pula hampir RM100,000,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




