“Belajar Pandai Ok, Jangan Bodo Malu Mama,” – Nasihat Kak KM Pada Anak

Share

Usahawan dan bintang media sosial, Kak KM atau nama penuhnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur kerana anak lelakinya, Faris Razman kini sudah genap 13 tahun.

Malah, Kak KM turut berkongsi sepotong video yang memaparkan gelagat kedua beranak itu saling berpelukan.

“Happy birthday hero mama, mama tak nak apa2 pun.. mama nak abg pandai belajar ok.. Jangan bodo malu mama,” tulis Kak KM.

Dalam pada itu, Kak KM turut menghadiahkan sebuah iPhone 8 kepada ‘birthday boy’.

Lebih meriah, kehadiran ahli keluarga yang terdiri daripada pelakon senior,Normah Damanhuri,Ahya Rosli dan saudara-mara yang lain turut sama memeriahkan majlis tersebut.

Difahamkan, majlis secara kecil-kecilan itu disambut di sebuah restoran di ibu kota.

Video/Foto : Instagram Liana Rosli

IKLAN