“Belajar Jadi Keutamaan,”- Nana Sheme Terima Anugerah Cemerlang Khas UITM, Luah Rasa Syukur

Share

Penyanyi Nur Nabilah Hashimi atau nama pentasnya Nana Sheme telah berjaya menerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Pengurusan Pembinaan dari Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Hantu Atau Buaya itu di Instagramnya selepas selesai Majlis Istiadat Konvokesyen ke-90, Universiti Teknologi MARA.

“Alhamdulillah
Officially graduated from Universiti Teknologi Mara (UiTM) with Bachelor of Science (Hons.) in Construction Management..

“My degree-life was undeniable one of the most treasurable times of my life, really. Lots of bitter sweet memories! I remembered being in dilemma whether to put my degree on hold because many jobs came in the way.

“Raya season was never easy too. Not to mention, my singing career was on the line because i put education as my main priority. I struggled, just like all my other friends,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Nana, 24 tahun itu juga turut meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada mereka yang banyak membantu.

“BUT i never regret the decision i made. I may have lost some, but that don’t mean i didn’t win some. Syukur, anugerah cemerlang kelas pertama. This one is for Mummy, Abah, Umi, Qd, Tasya & Nash,” tulin Nana.

Menerusi ruangan komen pula, peminat telah memberi ucapan tahniah buat penyanyi kelahiran Kuching,Sarawak itu.

Apa-apa pun, MH turut gembira atas kejayaan Nana. TAHNIAH!

Foto : Instsgram Nana Sheme

IKLAN