Sebut sahaja Fathia, pasti ramai akan mengaitkan dengan isu-isu kontroversi yang dilaluinya sejak beberapa bulan yang lalu.

Dari satu ke satu perkara dihadapinya sehingga pernah seketika Fathia terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk memastikan dirinya selamat daripada segala ancaman orang ramai.

‘Belajar Cara Nak Tegur Orang Dulu, Kalau Nak Tegur Cara Kasa Lebih Baik Tak Payah!’ Fathia Latiff

Ads

Terbaru, melalui sebuah portal hiburan, mStar, Fathia menjelaskan dirinya sangat terbuka untuk menerima segala kritikan mahupun tegurang dari orang ramai. Namun agak kecewa apabila ada sesetengah daripada mereka yang mennngunakan bahasa yang kasar dan lucah tidak sesuai baginya.

“Saya tak ada masalah kalau orang nak tegur, tapi jagalah bahasa tu, jangan sampai guna perkataan lucah dan sebagainya.

 

“Saya pun manusia biasa, ada perasaan dan hati, mungkin tegur cara kasar begitu normal bagi mereka tapi tidak pada saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fathia turut akui sering diberi nasihat serta teguran oleh teman-teman dan rakan senior artis namun mereka semua menggunakan percakapan yang baik.

Ads

‘Belajar Cara Nak Tegur Orang Dulu, Kalau Nak Tegur Cara Kasa Lebih Baik Tak Payah!’ Fathia Latiff

Fathia turut mengakui mengambil peduli setiap kata-kata netizen yang ditinggalkan di ruangan komen kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan dan menjadikannya insan yang lebih baik.

Ads

Namun begitu, Fathia berharap agar semua orang memberi teguran yang lebih beradab dan lembut malah berhemah.

“Cumanya cara teguran tu tolonglah lebih beradab. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun menegur dengan cara yang begitu lembut dan berhemah.

 

“Belajar cara nak tegur orang dulu, kalau nak tegur cara kasar, lebih baik tak payah. Tengok diri sendiri dahulu sebab kita manusia tak ada yang sempurna,” ujarnya.

SUMBER: mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI