Ads

Bekas Suami Joy Revfa Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, beberapa minggu lalu heboh di media sosial tentang kontroversi rumah tangga pasangan Joy Revfa dan Hafiz Hamidun.

Kontroversi tersebut secara tidak langsung telah mengheret nama bekas suami Joy, Datuk Rayos Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan nama Datuk Ray Imran.

Menurut Sinar Harian, Ray memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah dalam kemelut perkahwinannya bekas isterinya, Joy bersama Hafiz.

Katanya lagi, banyak kenyataan bercanggah yang telah disiarkan oleh beberapa penerbitan sehingga ianya menyebabkan imejnya tercalar.

Dia juga turut menyatakan bahawa dia kesal dengan hal ini di mana pihak-pihak tersebut telah membuat kesimpulan sendiri.

Ads

“Saya kesal. Mereka ambil sana sikit, sini sikit dan gabungkan serta membuat kesimpulan sendiri,” katanya.

Beritahunya lagi, dia sentiasa memberikan kerjasama berhubung hal ini kerana mahu ikatan perkahwinan Joy dan Hafiz berjalan lancar.

Ray juga berkata kepada sumber, dia benar-benar kecewa selepas timbulnya isu ini, seolah-olah dirinya tidak memberikan kerjasama.

Ads

“Saya benar- benar kecewa selepas isu ini timbul seolah-olah saya tidak memberi kerjasama,” katanya.

Baca juga: Ibu Joy Revfa Buka Mulut Bela Anak

Terdahulu, Joy telah memfailkan pembubaran nikah pada 18 Ogos yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling kerana Hafiz telah meragui pernikahan mereka berdua.

Ads

Menurut Joy sebagai seorang isteri, dia mengambil tindakan ini untuk mempertahankan hak dan statusnya sebagai seorang isteri yang sah kepada Hafiz.

Kata Joy lagi, pada 23 Mei yang lalu Hafiz telah berjumpa dengannya dan berkata bahawa perkahwinan antara mereka berdua tidak sah dan tidak lagi menganggap Joy sebagai isterinya selepas itu.

Sejauh mana pengakhiran kisah kontroversi rumah tangga pasangan Joy dan Hafiz ini masih lagi belum diketahui. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.