Penerbit Datuk A.Aida, 49, yang baru sahaja mengumumkan sudah pun bercerai talak satu dengan pelakon Ariff Aziz, 30, yang dikahwininya kira-kira 10 bulan lalu mengakui dia tidak boleh menutup mulut masyarakat terhadap pelbagai spekulasi yang timbul selepas mengetahui status terkininya.
“Bagi saya kita tak boleh menutup mulut masyarakat di luar sana. Cuma saya nak tekankan di sini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah.
“Siapa yang kahwin nak cerai-berai. Semua nak kahwin hingga ke jannah. Tapi kalau tak ada jodoh nak buat macam mana,” kongsi Aida menerusi sidang media.
Ditanya mengenai apakah pandangannya terhadap perhubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding wanita, A. Aida mempunyai pendapatnya sendiri.
Ads
Katanya kematangan bukanlah bergantung kepada usia seseorang semata-mata.
“Mungkin ya dan mungkin tidak. Ada kenalan saya yang berkahwin dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Akan tetapi bahagia sampai sekarang.
Ads
“Bagi saya kematangan itu bukanlah bergantung kepada umur. Ada okay dan sebaliknya,” kongsi Aida lagi.
Ads
Mengulas mengenai pertanyaan pihak media sama ada mungkin keduanya ada harapan untuk rujuk kembali, ini jawabnya;
“Taklah kot, takde dah,” katanya ringkas.
Ikuti temu bual penuh bersama wanita kuat ini menerusi FB Live MH;
MH kini berada di sidang media tergempar Datuk A. Aida, umum cerai
Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti lebih akan merasai apa yang dimaksudkan dengan kehilangan.
Lebih 19 tahun tanpa kasih sayang seorang bapa, pelakon Nur Fazura Shariffudin atau sinonim dipanggil Fazura ada membuat perkongsian rasa, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham.
Menerusi perkongsian bintang filem Pisau Cukur itu, Fazura mendedahkan sisi keperibadian bapanya yang sangat penyayang dan penyabar.
“Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa. He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000 yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri.
“Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja. Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa.
“Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya,” kongsi Fazura.
Malah, Faz juga ingat akan pesan yang selalu dititipkan dari arwah kepada dirinya.
“Arwah juga sering berpesan.. Sentiasa lah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh.. kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan.
“Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu,” maklum Faz.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu turut menjelaskan, suaminya, pelakon Fattah Amin hampir sama dengan sikap bapanya.
“Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.
“Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua.
“Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us, wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life. I love you beyond words.
“Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya? Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan.”tulis Fazura.
Pengacara dan penyampai radio, Radin menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘kaki flirt’ kerana sering dilihat meninggalkan komen di Instagram kebanyakan artis wanita.
Menurut Radin, dia hanya mahu membina reputasinya bersama selebriti atas dasar kerja.
Pada masa sama, bintang radio ini juga turut mengakui dirinya seorang yang peramah dan gemar mencari rakan baru.
“Sebenarnya banyak yang saya komen dekat gambar artis wanita kerana saya punya show dekat radio saya temu ramah artis.
“Kadang diorang nampak bila saya komen artis perempuan je bila artis lelaki mereka tak nampak pun. Di situ mereka nampak saya ni macam nak try diorang nak flirt.
“Saya merupakan seorang yang peramah dan kerja saya adalah untuk bina reputasi sesama artis.
“Kadang-kadang orang triggered kata saya ni semua orang saya nak try tapi itulah kerja saya dan tak salah untuk saya berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang lain,” katanya memberi penjelasan.
Radin berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pengenalan pengacara baru program Mingguan Wanita musim terbaru.
Dalam pada itu, penyampai radio Era itu turut mengakui dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Terdahulu, Radin telah diperkenalkan sebagai salah seorang pengacara tetap Mingguan Wanita dan akan mengendalikan segmen ‘Makanan & Travelog’.
Mingguan Wanita Musim ke-2 akan mula bersiaran pada 8 Julai 2019 secara ekslusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Turut sama menyertai famili Mingguan Wanita musim ini ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Al Hadad dan Norman Hakim.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya