Ads

Bekas Pelakon Terkenal Nickelodeon, Tyler Chase Kini Hidup Sebagai Gelandangan

Suatu ketika dahulu wajahnya cukup sinonim dengan gelak tawa penonton kanak-kanak seluruh dunia. Namun hari ini, kisah hidup Tylor Chase mengundang rasa pilu apabila bekas pelakon Nickelodeon itu dilaporkan hidup sebagai gelandangan di Los Angeles.

Perkembangan mengejutkan itu terbongkar selepas beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan Tylor, 36, berada di jalanan dalam keadaan tidak terurus.

Pendedahan tersebut pantas mencuri perhatian peminat yang masih mengingati wataknya sebagai Martin Qwerly dalam siri popular Ned’s Declassified School Survival Guide, yang pernah mencetuskan fenomena sekitar era 2000-an.

Menerusi video tersebut , perakan dilihat bertanya kepadanya adakah dia Taylor Chase yang pernah popular suatu ketika dahulu dan Tylor menjawab dengan baik sambil menyebut watak dan siri popular yang dibintanginya itu.

Ads

Bekas Pelakon Terkenal Nickelodeon, Tyler Chase Kini Hidup Sebagai Gelandangan

BACA JUGA: Dahulu Albumnya Terjual 20 Juta Keping, Kini Hidup Sebagai Gelandangan

Di sebalik senyuman dan karakter ceria di kaca televisyen, Tylor dilaporkan berdepan perjuangan peribadi yang berat. Beberapa sumber mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental termasuk gangguan bipolar, selain tekanan kewangan yang berpanjangan selepas tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

Ads

Sebelum ini dilaporkan, usaha membantu pelakon itu mula digerakkan apabila satu kempen kutipan dana dilancarkan oleh seorang individu di media sosial.

Namun, inisiatif tersebut tidak bertahan lama apabila ibunya tampil menutup kempen berkenaan, sambil menjelaskan bahawa Tylor memerlukan rawatan perubatan dan sokongan kesihatan mental yang konsisten, bukan sekadar bantuan kewangan sementara.

Ads

Rakan-rakan artis yang pernah sama-sama membintangi siri tersebut turut menyuarakan rasa terkejut dan sedih dengan situasi yang menimpa Tylor. Mereka mengakui keadaan itu rumit dan memerlukan pendekatan lebih berhati-hati, selain menegaskan bahawa bantuan sebenar tidak semestinya datang dalam bentuk wang semata-mata.

Kisah Tylor Chase sekali gus membuka mata ramai mengenai sisi gelap dunia hiburan, khususnya nasib bekas pelakon kanak-kanak Hollywood yang bergelut mencari arah selepas populariti memudar.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Selepas Pandemik, Ekonomi Saya Tak Berapa Stabil,” – Mark Adam Terpaku...

Penyanyi dan guru vokal, Mark Adam mengakui terkejut apabila melihat kehadiran keluarga kakak sulungnya yang hadir menyaksikan persembahannya di konsert minggu ke-8 Gegar Vaganza...
error: Hello. Cannot.