Bekas Pelajar AF2015, Aziah Selamat Bernikah

Share

Penyayi yang juga bekas pelajar Akademi Fanfasia 2015 (AF2015) Aziah telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, 17 Julai lalu.

Berita gembira itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram dan beberapa foto sekitar majlis raja sehari pasangan turut mendapat ucapan tahniah dari kenalan.

“Alhamdulillah. Akhirnya graduate juga selepas 12 tahun sampai Master bah ambik course “Percintaan” ni.

“Akhirnya konvo juga. Syukur alhamdulillah, bermula dengan kawan sekolah, sekelas pula tu, dicuba2 nya ses jd gilpirinn nya, sdh bercinta mengharungi segala jenis ribut taufan melanda bersama juaaa hingga lah sah menjadi suami isteri, gituewww.

“Alhamdulillah terima kasih berikan pinjaman dunia ini ya Allah,” tulisnya.

Aziah pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir memeriahkan majlis yang dilangsungkan secara sederhana, baru-baru ini.

“Terima kasih keluarga dan kawan2 yang dtg memeriahkan lagi majlis kami yang sederhana ini.. Maaf andai ada yg tidak terbagi tahu, terlepas pandang.

“Jujur kami sekeluarga mulanya sukar untuk jemput semua atas sbb keadaan kita yg x baik.

“Tp alhamdulillah majlis yang sederhana ini cukup meriahhh dan ramai yang berkunjung, terima kasih banyak2, maaf andai ada kekurangan dgn majlis kami.

“Sesungguhnya yang buruk dari kami yg baik hanya dari Allah swt. Terima kasih,” titipnya lagi.

Terdahulu, Aziah yang berasal Tuaran,Sabah menyertai program realiti itu bersama Sufie Rashid, Syamel, Bila dan ramai lagi.

Foto: Instagram Aziah Jeffy

IKLAN