Bekas Isteri Kongsi Foto Anak Jatuh Sakit, Ini Respon PU Abu

Share

Anak kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Muhammad Adam Aysar jatuh sakit dan dimasukan ke hospital baru-baru ini. 

Perkara itu dikongsikan bekas isterinya, Ain ‘Afini di Instagram miliknya.

“Manja ni suka tidur pegang tangan. Harini umi jaga awak nanti dah besar, awak jaga umi pula tau. Bila umi dah tak mampu nak jaga diri sendiri, awaklah yang umi akan susahkan nanti! Pinky promise.

“Mommies tolong doakan saya cepat sihat eh. Cian umi rindu senyuman saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ain tidak menjelaskan punca anaknya jatuh sakit, sebaliknya hanya meminta agar semua mendoakan kesembuhan bayi berusia enam bulan.

Sementara itu, Abu turut bersedih atas kesihatan yang menimpa anaknya itu.

“Semoga cepat sembuh my hero 🤒,” tulisnya ringkas. 

Terdahulu, Abu telah menjatuhnya talak kepada Ain pada 16 Mei lalu (ketika itu Ain hamil tujuh bulan).

Hasil perkongsian itu, Ain dan Abu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar.

Abu kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).

Foto : Instagram Ain Afini, Pu Abu

IKLAN