Categories: Berita

Bekas Anggota 4U2C Kritikal, Datuk AC Mizal Mohon Doa

Share

Datuk AC Mizal ada berkongsi perkembangan terbaru salah seorang bekas anggota 4U2C, One II yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai penyakit yang dialaminya.

One II menyertai kumpulan rap paling popular ini pada 1996 selepas perpecahan anggota asal dan sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona.

Mohon agar semua dapat sedekahkan doa kpd one of my 4u2c brotha yg kini critical di ICU semoga beliau kembali pulih.

"Be strong my brotha One2 (4U2C 2nd batch)….Al Fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Semoga diberi kesembuhan kepada One II.

Foto : Instagram Datuk AC Mizal Dan Google

IKLAN