Cukup sebak membaca luahan pereka fesyen terkenal, Putra Aziz menerusi perkongsian di laman Instagram sebentar tadi.
Luahnya, video yang dikongsi memaparkan kanak-kanak sedang menjaja di tepi jalan tidak ubah seperti kisah hidupnya dahulu.
“Apa yang dialami nya sama seperti saya alami dulu,,,pada seumur ini saya sudah mencari nafkah buat biaya sehari2 saya,ibu n juga adik ku …
“Pakaian sekolah hanya 1pasang selama 3tahun tak pernah ganti,kalau kotor terus basuh n kering kat badan,,,bag sekolah tak pernah ganti selama 6thn,yang tadinya warna maroon sampai berubah menjadi warna hitam ?????,,,kasot (sepatu sekolah) penuh dengan tampalan n jahitan benang,” kata pemilik butik Cosry ini.
Walaupun sekolah sejauh 8 kilometer daripada rumah, dia sanggup mengharunginya setiap hari dengan hanya berbasikal.
“Setiap hari ber by cycle sejauh 8km dari rumah untuk menuntut ilmu,,,dipenuhi barang2 makanan ringan yang akan dijual di sekolah pada saat waktu istirahat n juga selepas habis jam belajar disekolah.
Ads
“Pernah satu hari pagi itu hujan deras n saya pun trs kayuh sepeda,dlm perjalanan saya dilanggar kereta dan barang dagangan saya rusak n sepeda saya patah,,,org yang langgar saya itu lari tidak menghiraukan saya langsung,,saya tak boleh berbuat apa2 pada waktu itu,,,dengan luka2 dibahagian tangan n lutut saya berjalan kembali untuk pulang ke rumah,” luahnya yang berasal dari Acheh Indonesia ini.
Menitipkan pesan buat netizen, luahnya jangan pernah mengenal putus asa walaupun hidup susah.
“Intinya adalah yang sangat2 penting dlm hidup ini kita jangan pernah putus asa,terus semangat,berdoa n bekerja keras tanpa kenal lelah..In shaa Allah impian akan jadi kenyataan.
Ads
“Senantiasa bersyukur pada Allah swt n juga jangan pernah kita lupa akan asal usul kita agar kita tidak menjadi golongan org2 yang sombong yang berjalan diatas bumi Allah ini,,,!!!
“Setiap manusia mempunyai jalan crita kehidupan yang berbeda..saya tidak pernah malu untuk crita masa lalu saya karena itulah saya..!!! #truestory,” tulisnya lagi.
Putra Aziz pernah menggemparkan dunia fesyen apabila baju pengantin yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa rekaannya yang digayakan Anzalna mendapat perhatian dunia.
Terkesan dengan kisah sedih Putra, netizen kagum dengan kecekalannya sehingga mampu menempa nama dalam dunia fesyen tanah air.
Foto – Instagram Putra Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Farah Nabilah telah dijemput ke program MeleTOP untuk menjadi hos jemputan bersama Nabil Ahmad, malam tadi.
Lantas, pelakon itu telah dikritik sebilangan netizen kerana merasakan aktres itu tidak sesuai menjadi seorang pengacara.
Malah netizen turut mengatakan Farah kaku ketika mengacara program hiburan mingguan itu.
Bagaimanapun, aktres yang pernah memenangi Anugerah Bintang Popular 31 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular itu telah memaklumkan kepada pengikutnya di Instagram bahawa ini adalah kali pertama Farah menjadi seorang pengacara untuk sebuah program siaran langsung.
Farah juga berkata dia bersetuju untuk menjadi hos jemputan untuk program tersebut kerana mahu untuk menguji kebolehan diri sendiri dan mencuba sesuatu benda yang baharu.
“Thank you for watching me just now on @meletop ! Hahaha I know i did bad hello ! First time doing live show ?! What was I thinking when I said yes . I guess I was just trying to challenge myself and I did ! AND most important thing is that I had so much fun! Thanks abang @nabilzira For supporting me !! .”
“And I’m so happy my supporters came to support me today at Meletop. Thank you, walaupun dapat jumpa kejap, you guys are always there for me. I am strong because of you guys ! Goodnight” tulisnya.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Walaupun dikritik oleh netizen, Farah turut menerima komen yang positif dari netizen kerana Farah telah berusaha untuk memberikan yang terbaik ketika mengacara program tersebut.
Alahai netizen, biasalah kali pertama menjadi pengacara mesti ada kekurangan yang berlaku.Apa-apa kita ucapkan tahniah kepada Farah kerana telah berani untuk cuba sesuatu benda yang baharu.
Foto : Instagram MeleTOP & Farah Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, nama bintang nasyid, Suhaimi Saad sering menjadi tumpuan netizen di media sosial gara-gara beberapa kenyataan yang dikongsi.
Dari isu anti vaksin sehinggalah mengenai bentuk bumi yang kononnya leper sehingga melibatkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar untuk tampil memberi pencerahan.
Oleh kerana hal tersebut, netizen ada mencadangkan agar program popular, Motof Viral untuk menjemput Suhaimi untuk menjadi tetamu undangan.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian Hazeman Huzir yang juga merupakan hos program tersebut.
Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone. Facebook je ada. https://t.co/GV6koQGfKf
Terhibur dengan reaksi lucu Remy yang takutkan ketinggian, netizen gembira apabila dapat melihat sisi berbeza pelakon macho ini.
Drama Lelaki Kiriman Tuhan merupakan gandingan mantap antara Remy Ishak dan Mira Filzah. Baru sahaja menamatkan siri dan menerima rating yang cukup hebat di kaca televisyen.
Foto – Instagram Miraclegacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...