Bayi lelaki berusia tiga bulan yang sebelum ini menjadi tular kerana didakwa dilarikan individu tidak dikenali pada Selasa, akhirnya ditemui mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, Selangor.

Difahamkan, mayat Adam Rayqal Mohd Sufi dijumpai di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman tersebut kira-kira jam 11.00 malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

IKLAN

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” kata Ali, seperti yang dipetik Astro Awani.

IKLAN

Sementara itu, pihak polis juga sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

IKLAN

Foto: Carian Google

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI