“Bawak Bertenang. Idol Korang Perfect, Paling Perfect,”- Ini Respon Sinis Fatin Afeefa Bila Dikritik Peminat K-Pop, Gara-Gara…

Share

Baru-baru ini, ada segelintir netizen telah memberitahu kepada pelakon Fatin Afeefa yang wajahnya mirip seperti artis K-Pop, Jo Bo-Ah.

Gambar Jo Bo-Ah/Fatin Afeefa

Lantas, perkongsian netizen tersebut membuatkan pelakon yang berusia 25 tahun itu menerima kecaman daripada peminat artis K-Pop.

Ini kerana, ada peminat artis K-Pop berasa tidak setuju apabila wajah Fatin disamakan dengan artis korea pujaan mereka.

Lalu, ibu kepada dua orang anak itu dilihat memberi reaksi sinis terhadap mereka yang memberi pandangan sedemikian.

“Okay okay kpoppers. Bawak bertenang. Idol korang perfect, paling perfect. I tak layak pun di samakan dengan idol korang cause im ugly as f*ck,”tulisnya.

Alahai… Tak baik tau kecam Fatin Afeefa tambah-tambah lagi bila sentuh mengenai fizikal dan rupa paras seseorang.

Foto : Twitter Fatin Afeefa

 

IKLAN