Pengarah lagenda yang sinonim dikenali sebagai perintis sitkom di negara ini, Othman Hafsham diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.
Menerusi anugerah tersebut, Othman turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah kereta jenama Proton S70, trofi kemenangan serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM30,000.
Bersyukur dengan penghargaan tersebut, Othman optimis mengharapkan agar hasil kerja yang telah disumbangkan kepada industri tempatan dapat menjadi inspirasi buat generasi baharu.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas penghargaan ini. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, kepada juri yang memberi penghormatan kepada saya.
“Anugerah ini juga untuk semua yang sudah menyokong dan memberi inspirasi sepanjang penglibatan saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan peminat.
“Penglibatan saya telah melalui 10 Perdana Menteri. Saya juga berharap hasil kerja saya ini memberi inspirasi kepada generasi baharu,” katanya.
Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berbahagia Fahmi Fadzil.
Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada Saeim Mohamad sekali gus membawa pulang wang tunai RM8,000 serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.
Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh drama berjudul Bahalol terbitan Azan Fahmi sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM150,000.
Manakala, Dokumentari TV Terbaik dimenangi Taste Of Memory Season 2 (TV8) sekali gus menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM150,000.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang:
Ads
Kategori TV Terbaik
Drama Bersiri TV Terbaik : One Cent Thief (Astro Ria) – Astro Shaw
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Sobri Anuar (Bahalol)
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Liza Othman (Bahalol)
Pelakon Pembantu Drama TV Terbaik: Que Haidar (Astro Citra) – Lebai Sampan
Pelakon Pembantu Wanita DramaTV Terbaik : Aida Aris (TV3) – Dania
Ads
Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik : Umar Shakur (Demi Masa) – TV3
Pelakon Komedi TV Terbaik : Aishah Azman (Jodoh Ayahku)
Pengulas TV Terbaik: Ahmad Fetri Yahya (Aduan Jiwa: Hati Tertinggal Di Syria)
Penyampai Berita TV Terbaik : Hazel Desmond (Berita Perdana RTM)
Pengacara TV Terbaik: Fiza Sabyan (Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia)
Pengarah Drama TV Terbaik : Zainorhisyan Samdin (Lebai Sampan)
Kategori Radio
Ads
Drama Radio Terbaik : Datuk Fauziah Nawi (Lima Beradik)
Penyampai Radio Terbaik : Muhammad Amir Akram Muhamad (Kelantan FM)
Penyampai Berita Radio Terbaik : Peter Carlos
Kategori Menerusi Media Baharu
Drama Terbaik : Doh (TV3)
Podcast Terbaik : Siti Mimah – Muhammad Ali Imran Harun
Bagi edisi tahun ini, ASA2024 memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.
Malam ASA2024 turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Ziana Zain, Liza Aziz, Zamani, Aina Abdul, Ernie Zakri, Aisha Retno dan dihoskan oleh Shahrizan Borhan dan Nana Mahazan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Ron Ely, bintang asal siri Tarzan era 60-an telah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Santa Barbara, California.
Pelakon tersebut menghembus nafasnya yang terakhir pada 29 September yang lalu menurut perkongsian oleh salah seorang anak perempuannya, Kirsten, dalam satu hantaran di Instagram.
Walau bagaimanapun dalam hantaran tersebut tidak dinyatakan sebab kematian mendiang.
Menerusi hantaran itu lagi, Kirsten berkongsi gambar bersama bapanya ketika hari perkahwinan dan kisah perilaku Ron yang menyentuh hati.
“Ayah saya adalah seseorang yang orang panggil hero. Dia merupakan seorang pelakon, penulis, jurulatih, mentor, mengutamakan keluarga dan pemimpin. Dia mencipta gelombang pengaruh positif yang kuat ke mana sahaja dia pergi.
“Impak yang diberikan kepada orang lain adalah sesuatu yang saya tidak pernah saksikan pada mana-mana orang lain. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib tentang dia. Beginilah dunia mengenalinya,” kongsinya
Walaupun hanya mencipta nama pada 1966 menerusi lakonannya sebagai Tarzan. Ron terlebih dahulu berkecimpung sebagai pelakon pembantu.
Biarpun sekadar pembantu, namun lakonannya yang berkesan dalam rancangan popular seperti Father Knows Best, How to Marry a Millionaire dan The Many Loves of Dobie Gillis mendapat perhatian.
Ron kali terakhir muncul di kaca televisyen pada tahun 2014 menerusi sebuah drama telemovie yang bertajuk Expecting Amish.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, drama terbaharu, Salju Rindu Di Bumi Aukland menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Selain keserasian yang ditunjukkan pasangan pelakon yang kini sedang hangat bercinta iaitu, Keith Foo dah Riena Diana, watak antagonis yang dilakonkan oleh pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau turut menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shamsul mendedahkan dirinya menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata geram dengan watak Talib yang juga merupakan bapa kepada Salju yang dilakonkan oleh Riena.
Katannya lagi, dia juga ada menerima cacian daripada netizen dek kerana terkesan dengan lakonannya di dalam drama berkenaan.
“Macam-macam maklum balas yang Pak Su terima daripada watak Talib dalam drama Salju Rindu Di Bumi Aukland.
“Ada yang memuji, mencaci dan tak kurang juga yang membenci Pak Talib,” tulisnya.
Pada masa sama, Shamsul memaklumkan dirinya tidak terkesan dengan komen-komen sedemikan sebaliknya menganggap dia telah memenuhi tuntutan daripada pengarah.
“Kata pengarah, kalau orang membenci Pak Talib, bermakna watak itu menjadi,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji mutu lakonan Shamsul selain turut meluahkan rasa geram dengan wataknya itu.
“Lakonan terbaik. Watak buat orang rasa geram dan nak rembat. Teruskan perjuangan Pak Su.
“Kalau jumpa Pak Talib ni memang makan penampar. Sakit hati tengok muka dia.
“Biasa tengok Pak Su bawa watak bapa yang baik, sporting dan kelakar tapi yang ini lain. Geram je rasa.
“Hujung-hujung Pak Su boleh masuk drama Tanah Kubur. Balasan tipu orang, abaikan keluarga dan pakai minyak pengasih,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Salju Rindu Di Bumi Aukland merupakan drama arahan pengarah Riza Baharudin dan ditayangkan di platform penstriman, Tonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model terkenal Indonesia, Andrew Andika, 37, dilaporkan ditahan pihak polis atas kesalahan salah guna dadah jenis Syabu pada tanggal 26 September lalu.
Berita penangkapan pelakon sinetron Tasbih Cinta yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, bahkan ibunya sendiri.
Lapor media tempatan yang menghadiri sidang media di Mapolres Jakarta Selatan, ibu Andrew terkejut dan jatuh sakit usai mendengar berita penangkapan anaknya itu.
Keadaan ibu pelakon tersebut diceritakan pemandu peribadinya yang dikenali sebagai Andre.
“Terkejutlah, mamanya langsung sakit sekarang. Memang sebelumnya dia sudah menghidap penyakit darah tinggi dan ditambah pula dengan umur yang sudah mencecah 70 tahun,” kongsinya.
Imbas kembali, Andrew ditangkap pihak berkuasa di kediamannya yang terletak Bogor, Jawa Barat.
Berdasarkan perkongsian pihak polis, alasan mengapa bapa kepada dua cahaya mata itu tersebut menggunakan dadah adalah disebabkan masalah keluarga yang di alami.
Umum mengetahui, hubungan Andrew dan isterinya, Tengku Dewi retak apabila dia berkali-kali curang dan hubungan mereka kini dikatakan berada di ambang perceraian.
Andrew merupakan anak berdarah campuran Norway di sebelah bapanya dan Indonesia di sebelah ibu. Dia mula terjun ke dunia hiburan sejak usia belasan tahun lagi sebagai model iklan sebelum mula berlakon sinetron.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.