“Bawa Duit RM10k Pun Tak Habis,” – Bercuti Ke Jepun, Ini Yang Bonda Rozita Beli

Share

Berkongsi travelog percutian ketika di Jepun, Rozita Ibrahim menyatakan kegilaannya membeli ikan masin di negara matahari terbit gara-gara cara pembuatannya yang cukup berbeza dengan Malaysia.

Apa yang melucukan, dia hanya membawa pulang ikan masin walaupun membawa duit belanja yang banyak.

Sy balik jepun beli byk Ikan masin sgt lain dgn ikan masin Msia patut lah mereka sihat , dia x kering sgt dn xmasin pun.

“Suka sgt sy pegi dekat jepun sy beli ikan masin 5kg..Sy bawa duit rm10k pun x habis sbb apa…??? yg sy beli ikan masin..Lawakk betul.”

Tambahnya lagi, warga Jepun sangat mementingkan budaya dan tidak memandang rendah pekerjaan lain walaupun sekadar pengutip sampah.

Sy suka melihat2 budaya baik negara jepun dn alamnya, warga tuanya sgt ramai dan sihat2 , pelik sbb org mudanya x ramai .

iktibar sy pelajari, mereka x memandang rendah sebarang pekerjaan walaupun pengutip sampah

“Akhlak baik sampai semua org nampak aura2 positif yg cemerlang

“Wlu sekejap disana rasanya sy dapat ilmu buat ikan masin..he he lepas ni sy nak buat juga lah ..caye x..?”

Netizen yang telah menjejakkan kaki ke Jepun juga turut berkongsi kekaguman terhadap gaya hidup masyarakat di sana.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim

IKLAN