Hiburan

Baru Timang Anak Ketiga? Fatin Afeefa Belum Sedia Kongsi – “Saya Akan Kongsi Dalam Masa Terdekat.”

Share

Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa belum bersedia memberikan sebarang jawapan berhubung desas desus yang mendakwa dia sebenarnya sudah menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan usahawan, Aliff Awang.

Menurut Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu bila tiba masa yang sesuai.

“Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga. Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan.

“Saya belum bersedia untuk berkongsi memgenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat,” katanya kepada MH

Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE di Sunway Velocity Mall, pada Sabtu.

Bercakap mengenai penampilan terkininya yang sudah tampil berhijab, pelakon filem Tentang Bulan ini memaklumkan dia kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik.

“Saya pun tiada membuat sebarang kenyataan bila dan punca saya tergerak hati intuk bertudung. Saya tak nak orang kata saya menunggang agama.

“Saya selalu bagitahu yang saya kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik. Ada kalanya saya memakai jubah dan bertutup habis dan ada masa pakaian saya biasa-biasa sahaja.

“Saya mula bertudung pada tahun lepas sejak pulang daripada umrah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fatin akui teruja apabila dipilih untuk menjadi duta bagi produk penjagaan kulit wajah daripada Korea Selatan, L.SOULLE.

“Tahun lepas saya memang sedang mencari produk penjagaan kulit wajah. Kemudian pihak L.SOULLE mengubungi saya.

“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi.

“Saya minta untuk cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia.

“Alhamdulillah okay. Saya tidak akan ambil produk sembarangan. Sata tak tahu nak menipu,” akhirinya.

L.Soulle ialah jenama penjagaan kulit kecantikan yang bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.

Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea yang terdiri daripada lima jenis produk Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.

L. Soulle juga telah berjaya menembusi pertubuhan runcit Korea yang terkenal termasuk Lotte Duty Free dan kedai “pop-up” cawangan Hyundai.

Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN