“Baru Selesai Tadi, Kali Pertama…,”- Joy Refva Gembira Dapat Solat Terawih Bersama Tunang & Bakal Mertua

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Aamin ada berkongsi cerita gembira menerusi akaun Instagram.

Kongsi Joy, dia menzahirkan rasa gembira apabila berpeluang menunaikan solat tarawih bersama tunang serta keluarga bakal mertua.

“Alhamdulillah.. baru selesai tadi. Kali pertama dapat berterawikh bersama tunang & bakal mertua di kediaman mereka #bestmoments #terawikh #syukur #ramadhan2020 #bondingtime,” tulisnya.

Imbas kembali, Joy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 25 Oktober tahun sama.

Menerusi perkahwinan yang terdahulu pula, Joy dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.

Kini, Joy telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan pada 14 Mac yang lalu namun wajah jejaka tersebut masih belum didedahkan oleh Joy.

Video: Instagram Joy Refva

IKLAN