“Baru Nampak Jantan Sikit,’ – Kata Si Bapa, Ajak Shiro Bila Kening Anak Luka Akibat Dibaling Botol Minyak Wangi

Share

Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan kecederaan di bahagian kening anak sulungnya, Mohamad Jad Thaqif.

Bagaimanapun, Ajak menganggap kecederaan yang menimpa anaknya itu sebagai satu ujian untuknya dalam melalui fasa seorang dewasa.

“Proses untuk dewasa Jad…Baru nampak jantan sket ye dak??

“Dia bergurau dgn Sheikh Had baling2 beg sekali kena baling dgn botol minyak wangi daaa,” tulis bapa kepada tiga orang anak itu. 

Meski luka tersebut nampak dalam, namun ekspresi wajah Jad tampak tenang dan masih boleh tersenyum.

Lalu, netizen telah memberikan kata-kata semangat buat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Foto : Instagram Ajak

IKLAN