“Baru Hendak Bernafas Kembali…” – Terkesan Pandemik Covid-19, Fedtri Yahya Harap Semua Kekal Tabah

Share

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi satu luahan daripada pengikut laman media sosial miliknya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Di samping berkongsi puisi indah, Fedtri berharap agar semua yang terkesan akibat pandemik ini untuk terus cekal dan tabah mengharungi dugaan ini.

“Luahan salah seorang pengikut di laman sosial saya:

“Lain orang lain dugaan,

dunia berjuang mencari huraian

“Lain bidang lainlah cabaran,

ada yang ranap ada yang bertahan

“Baru hendak bernafas kembali,

perintah itu menguji rezeki

“Moga tidak rebah menyerah,

kerana ada Yang Maha Pemurah

“Curahkan rasa mengadulah jiwa,

tangis harapan seorang hamba #mco #2021 #covid19,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih serta simpati terhadap perkara ini.

Sekadar informasi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

PKP bakal berkuatkuasa selama 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Foto: Instagram Fedtri Yahya

IKLAN