Wow! Pelakon dan penyanyi, Nick Jonas dilaporkan sudah bertunang dengan kekasih hatinya, pelakon, Priyanka Chopra setelah dua bulan bercinta.

Memetik E! News, penyanyi lagu Jealous dilaporkan mula mencari cincin tunang sejak awal bulan ini di sekitar London.

Setakat ini, kedua-dua belah pihak masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi mengenai berita tersebut.

Pasangan tersebut mula mendapat perhatian di Majlis Met Gala 2017 apabila kedua-duanya hadir di karpet merah bersama. Mereka juga sering menghabiskan waktu bersama-sama di Los Angeles.

IKLAN

Baru Dua Bulan Bercinta, Nick Jonas & Priyanka Chopra Sudah Bertunang?

Dalam pada itu, hubungan kedua-duanya mula dilihat serius apabila Nick mengikut Priyanka pulang ke India dan bertemu dengan ahli keluarga bekas Miss World 2000 itu.

IKLAN

Selain itu, minggu lalu juga menyaksikan Nick dan abangnya Joe melakukan ‘double-date’ dengan pasangan masing-masing.

Baru Dua Bulan Bercinta, Nick Jonas & Priyanka Chopra Sudah Bertunang?

IKLAN

Walaupun, jarak umur mereka agak jauh iaitu hampir 10 tahun, kedua-duanya kelihatan sangat secocok bersama. Perkahwinan ini juga bakal menjadi yang pertama buat kedua-duanya.

Sebelum ini, Nick pernah dikaitkan dengan Selena Gomez, Miley Cyrus dan terbaru, Kate Hudson. Pelakon, Jumanji: Welcome To The Jungle itu juga turut bercinta dengan Olivia Culpo selama dua tahun sebelum putus pada tahun 2015 lalu.

Sumber: E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI